SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)

SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)

SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)

Untuk makluman, setiap peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian.

Dengan adanya semakan secara online, peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan PTPTN mereka secara cepat dan tepat sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang.

Bagaimana cara semakan baki PTPTN? Jom baca caranya disini.

 

CARA SEMAKAN PENYATA PTPTN

Berikut adalah merupakan cara semkan penyata PTPTN bagi tujuan mengetahu baki semasa anda:

  1. Layari portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pilih pada menu Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu klik pada kotak ‘Permohonan Kali Pertama’ dan isikan maklumat pendaftaran sebelum log masuk ke laman web PTPTN untuk membuat semakan.
  6. Klik Penyata Pinjaman
  7. Penyata baki PTPTN anda akan dipaparkan
  8. Selesai

 

CARA PERMOHONAN PENANGGUHAN

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu :

  1. Memohon Penangguhan PTPTN
    • Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan , menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
  1. Penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Balik PTPTN
    • Bagi mengurangkan bebanan ansuran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
    • Penjadual adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
    • Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
    • Melalui kaedah ini , tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

NOTA: Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh berkomunikasi dengan PTPTN melalui kaedah berikut:-

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)

5 thoughts on “SEMAKAN BAKI PTPTN (Cara Check Penyata Online)”

Leave a Comment