CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)

CARA TUKAR NO HP PTPTN

Pengemaskian Maklumat peminjam PTPTN adalah amat penting dilakukan oleh anda yang mempunyai pinjaman pengajian PTPTN. Maklumat seperti Email dan No. Telefon adalah satu maklumat yang wajib diberikan oleh peminjam kepada Pihak PTPTN.

Bagaimana cara untuk kemaskini atau tukar no Telefon PTPTN? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

DAPATKAN NOMBOR PINJAMAN

Sebelum anda ingin kemaskini, seharusnya anda mempunyai no pinjaman terlebuh dahulu. Berikut adalah cara dapatkan no pinjaman anda:

  1. Secara online
    • Layari pautan PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login.
    • Masukkan No.Kad Pengenalan anda.
    • Masukkan kata laluan anda.
    • Klik butang biru LOG MASUK.
    • Klik pada  MENU > PENYATA BAKI
    • Scroll sehingga terjumpa BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA…
    • Klik Semakan No Pinjaman
    • Pauatan MAKLUMAT NO PINJAMAN PEMINJAM akan tertera.
    • Nombor pinjaman anda akan tertera pada column No. Pinjaman.
    • Selesai
  2. Hubungi Careline PTPTN:
    • Careline PTPTN :03 2193 3000 – untuk dapatakan no pinjaman anda
    • Beberapa soalan akan ditanya sebagai pengesahan

CARA TUKAR NO HP PTPTN

Setelah anda dapatkan no pinjaman anda, berikut merupakan cara mengemaskini PTPTN untuk tukar no telefon atau email anda:

  1. Layari lWeb Rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/mail/Utama
  2. Masukkan No.Kad Pengenalan anda.
  3. Masukkan No Pinjaman anda
  4. Kemudian klik Log Masuk
  5. Pada bahagian Kemaskini Maklumat:
    • Masukkan email terkini anda.
    • Masukkan No Telefon terkini anda
  6. Setelah kemaskini semuanya, klik Seterusnya.
  7. Pop-up pengesahan akan tertera. Klik OK.
  8. Tickkan pada Saya membenarkan maklumat saya disimpan oleh pihak PTPTN untuk rujukan.
  9. Satu pop-up pengesahan akan timbul. Klik OK.
  10. Seterusnya, klik Simpan.   
  11. Satu pop-up akan timbul mengatakan Maklumat berjaya disimpan. Klik OK.
  12. Cetak maklumat pengemaskinian tersebut.
  13. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertayaan, anda boleh layari Web Rasmi PTPTN atau hubungi:

  • Ibu Pejabat, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
  • Talian Hotline : 03 – 2193 1180

 

ARTIKEL LAIN 

SEMAKAN BAKI PTPTN: CARA SEMAKAN PENYATA SECARA ONLINE

3 thoughts on “CARA TUKAR NO HP PTPTN (Update Mobile Phone Number)”

Leave a Comment