Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)

Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)

Aircond Kereta Tak Sejuk

Dalam keadaan Negara kita yang berada dalam cuaca yang panas berterusan ini, Aircond kereta sangatlah penting umtuk memastikan keselesaan bila memandu. Namun kos penjagaan atau membaiki Aircond kereta tak sejuk agaklah mahal.

 

Disini, kami kongsikan beberapa cara DIY yang mudah untuk memastikan aircond kereta anda sentiasa berada dalam keaadan sejuk.

 

1.Cara DIY Repair  (Balut salur paip aircond)

  • Jika tidak tahu salur paip aircond, Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit kemudian matikan engine. Tengok mana-mana salur dekat bahagian engine yang nampak macam basah-basah. Kemudian cuba sentuh jika sejuk. Itulah salur aircond kereta anda. Dan boleh lah mulakan proses D.I.Y sejukkan aircond kereta anda.
  • Sediakan Bahan-bahannya
  1. Foam Pipe
  2. Aluminium foil tape
  3. Cable Ties
  4. Pisau @ Gunting

 

  • Kasi balut habis dari paip bawah sampai ke hujung

 

2.Cara DIY Repair (Tukar Filter / Bersihkan Filter aircond)

  • Buka drawer atau laci pada dashboard dan seterusnya tarik keluar drawer tersebut dan asingkan ia di tempat lain.
  • Anda akan melihat satu box yang berbentuk segi empat kecil dan anda hanya perlu membuka klip kiri dan kanan pada box tersebut dan kemudian keluarkan ia.
  • Setelah dibuka, anda akan melihat penapis atau filter yang berbentuk segi empat dalam box tersebut.
  • Filter atau penapis itu berfungsi untuk menangkap segala kotoran dan juga habuk.
  • Ketuk penapis atau filter tersebut bagi mengeluarkan segala habuk yang melekat. Jika anda mempunyai mesin angin (blower) anda boleh sembur pada penapis tersebut bagi membersihkannya dengan mudah.
  • Selepas cuci semua habuk, anda perlu pasangkan semula penapis tersebut mengikut kedudukan yang anda keluarkan penapis tersebut.
  • Dengan ini angin aircond anda akan lebih kuat dan kembali sejuk seperti sediakala kerana tidak lagi tersumbat oleh habuk yang terperangkap.
  • Penapis udara ini sebaiknya ditukar setiap 20,000 KM.Namun jika penapis tersebut masih lagi boleh digunakan, anda boleh ikuti langkah-langkah di atas bagi menjimatkan duit anda daripada pembaziran.

 

3.Cara DIY Repair (Biarkan Aircond Kereta Berjalan 10 Minit Setiap Minggu)

  • Tips ini anda boleh lakukannya sendiri.
  • Biarkan aircond anda berjalan selama 10 minit sekali setiap minggu boleh membantu kekalkan tekanan gas pada tahap maksimum dan pemampatan berfungsi dengan baik.
  • Untuk lakukannya dengan betul, hidupkan aircond dan tetapkan kepada tetapan paling sejuk dan kelajuan kipas paling tinggi selama 10 minit.

 

4.Cara DIY Repair (Biarkan Mod Defrost Berjalan Selama 5-10 Minit)

  • Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan adalah membiarkan defrost mode berjalan selama 5-10 minit.
  • Tak ramai yang selalu gunakan butang defrost ini sebab cuaca Malaysia sendiri dah panas jadi kenapa nak panaskan lagi?
  • Dengan melakukan langkah ini, anda boleh menghalang tumbuhnya kulat dan bau hapak dari dalam aircond kereta.

 

Artikel Lain 

Cara Nak Transfer NCD Kereta (Bila Beli Kereta Baru)

3 thoughts on “Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)”

Leave a Comment