REPAIR CERMIN KERETA RETAK (DIY Baiki Bahan Kos)

CARA REPAIR CERMIN KERETA RETAK (DIY Baiki Bahan Kos)

Adakah cermin kereta anda retak? Perkara ini amatlah menyakitkan hati kerana ingin tukar cermin yang baru harganya amatlah mahal. Walaupun retakan hanya kecil, tetapi sekiranya dibiarkan terlalu lama kerana ia mungkin merebak menjadi lebih besar. Bahkan ia juga boleh menyebabkan risiko cermin pecah ketika anda memandu.Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY untuk repair cermin kereta retak dengan kos yang menjimatkan, semoga membantu.

PUNCA CERMIN RETAK

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan cermin retak, antaranya ialah:

  • Cermin Tidak Berkualiti
  • Jalan Berbatu
  • Lori dan Kenderaan Berat
  • Perubahan Suhu

AMBIL TINDAKAN AWAL SEKIRANYA CERMIN KERETA RETAK

Anda haruslah mengambil langkah awal supaya dapat mengelakkan :

  • Cermin retak kecil menjadi cermin kereta retak panjang.
  • Kos dapat dikurangkan seminimum mungkin.
  • Tidak perlu membuat tukar kepada cermin kereta baru.

CARA DIY REPAIR CERMIN KERETA RETAK

Untuk repait cermin retak,berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Sediakan produk untuk cermin retak. Contohnya Winshield Repair Kit
  2. Bersihkan permukaan
    • Pertama sekali anda kena bersihkan kawasan yang retak.
    • Gunakan kain mikrofiber dan buang serpihan kecil menggunakan jarum peniti atau juga pengepit kecil. Pastikan ia menjadi serata yang mungkin.
  3. Tampal getah pelekat
    • Ambil getah pelekat yang disediakan dan tampal di lokasi yang retak. Getah tersebut mempunyai lubang ditengahnya, jadi anda harus pastikan lokasi retak berada di dalamnya.
    • Selepas itu, pasangkan corong berwarna merah.
  4. Titiskan Resin
    • Letakkan resin ke dalam corong tersebut dalam kuantiti satu atau dua titik.
    • Ambil picagari dah letakkannya dalam kedudukan paling bawah. Biarkan ia melekat selamat 10 minit.
  5. Tanggalkan resin
    • Selepas 10 minit cabut picagari. Kemudian masukkan semula dah tekan plunger ke bawah. Biarkan picagari dalam kedudukan tersebut selama 20 minit.
  6. Tanggalkan pelekat dan bersihkan
    • Cabut getah pelekat dengan menggunakan pisau kecil. Kemudian titikkan beberapa titik resin di bahagian tengah berlakunya keretakan.
    • Tampal ‘curing film’ di bahagian yang ingin dibaiki. Tekan dan ratakan dengan menggunakan mata pisau untuk pastikan resin dapat diratakan keseluruhan kawasan.
  7. Biarkan ia di bawah cahaya matahari selama 15 hingga 20 minit. Selesai

ARTIKEL LAIN

Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)

1 thought on “REPAIR CERMIN KERETA RETAK (DIY Baiki Bahan Kos)”

Leave a Comment