SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI ONLINE (Check Balance di thijari.com.my)

SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI ONLINE (Check Balance di thijari.com.my)

SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI

Sekiranya anda mempunyai Akaun Tabung Haji, anda boleh membuat penyemakan akaun dengan lebih mudah menggukan Portal Thijari. Bagaimana cara ingin daftar Thijari? Disini kami kongsikan cara buat semakan baki Tabung Haji, semoga membantu.

 

APA ITU THIJARI(SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI)

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji.

Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

 

MUAT TURUN APLIKASI THIJARI

Anda juga seharusnya memuat turun (download) aplikasi Thijari untuk memudahkan urusan anda seharian:

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN THIJARI

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Semak Baki Tabung Haji
  • Senarai Transaksi
  • Pendaftaran Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/TaHa@U

 

CARA DAFTAR THIJARI

Penyimpan perlu memastikan bahawa telah mengemas kini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di mana-mana kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Penyimpan TH diminta untuk mengesahkan nombor telefon bimbit untuk mengelakkan masalah semasa proses log masuk pada sistem THiJARI.

 

CARA SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI

Selepas anda daftarkan No Telefon,  anda boleh daftar Portal Thijari untuk memudahkan anda menyemak secara online. Berikut adalah merupakan cara daftar Thijari:

  1. Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
  2. Pada paparan Utama, klik pada DAFTAR
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Akaun TH
  4. Tekan seterusnya. Apabila maklumat sepadan, Isi Nombor Telefon Berdaftar
  5. Seterusnya semak dan sahkan:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Akaun TH
    • Nombor Telefon Bimbit
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam hanphone anda.
  7. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Kata Nama – sebagai Key Pharase
    • Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
    • Nama Pengguna – masukkan ID Pengguna ada
    • Negeri Terkini – isikan negeri terkini anda berada
  8. Tick kan pada Terma & Syarat
  9. Tahniah, Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna THiJARI!

 

CARA TRANSFER ONLINE ANTARA AKAUN TABUNG HAJI DI THIJARI

Kini anda boleh melakukan online transfer bagi pemindahan wang ke akaun lain. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal Thijari: https://www.thijari.com.my/
  2. Login akaun THiJARI anda.
  3. Di menu utama, klik pada butang Kegemaran.
  4. Seterusnya, anda perlu tambah akaun kegemaran terlebih dahulu.
  5. Masukkan maklumat akaun kegemaran seperti yang dipinta:
    • Jenis transaksi
    • Nombor akaun penerima
    • Nama ringkas
  6. Simpan maklumat akaun kegemaran.
  7. Untuk membuat online transfer antara akaun Tabung Haji, anda perlu lembali ke halaman utama.
  8. Di menu utama, klik pada butang Pindahan Simpanan TH.
  9. Di ruangan Kepada, pilih akaun kegemaran yang telah anda simpan tadi.
  10. Masukkan jumlah yang ingin anda transfer.
  11. Masukkan rujukan penerima.
  12. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan transaksi.
  13. Klik pada Mohon TAC bagi proses keselamatan.
  14. Masukkan nombor TAC di ruangan tersedia.
  15. Sahkan transaksi anda, Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai THIJARI, anda boleh layari web rasmi Tabung Haji di pautan www.tabunghaji.gov.my atau hubungi:

  • Phone : +603 – 6207 1919
  • SMS : TH < space > query and send it to 33990
  • Email : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NO AKAUN TABUNG HAJI: CARA DAPATKAN SEMULA ACCOUNT NUMBER(Check Online)

DIVIDEN TABUNG HAJI  ( SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2021)

BERAPA KOS HAJI TH & BAYARAN HAJI 2022 (Lembaga Tabung Haji Malaysia)

 

 

2 thoughts on “SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI ONLINE (Check Balance di thijari.com.my)”

Leave a Comment