HARGA PAKEJ AKIKAH & KORBAN (Semak Organisasi Syarikat Ibadah Trusted)

HARGA PAKEJ AKIKAH & KORBAN (Semak Organisasi Syarikat Ibadah Trusted)

HARGA PAKEJ AKIKAH KORBAN

 

Kepada Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah akikah atau korban ternakan sempena Aidiladha tahun ini, semestinya anda ingin mengetahui Harga Pakej Akikah & Korban. Disini kami akan kongsikan syarikat ibadah yang boleh dipercayai, semoga membantu.

 

APA ITU AKIKAH & KORBAN

  • Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
  • Korban atau qurban dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya)  atau hari tasyriq iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T..

 

BINATANG YANG DIBOLEHKAN KORBAN

Binatang yang dibolehkan Korban adalah seperti berikut:

  • Unta
  • Lembu
  • Kerbau
  • Kambing
  • Biri-biri (kibas)

 

SYARAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Berikut adalah merupakan syarat untuk melaksanakan ibadah korban:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka (bukan golongan hamba)

 

HUKUM MELAKUKAN IBADAT KORBAN

Hukum asal ibadat korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun, jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah ia satu dosa.

 

SEMAK SYARIKAT IBADAH AKIKAH & KORBAN

Berikut adalah merupakan syarikat ibadah korban yang dipercayai:

NAMA SYARIKATKETERANGANHARGA PAKEJ KORBAN
Al-Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd

 

 

Menggunakan akad salam dan akad wakalah. Tiada keperluan untuk beritahu upah kerana akad salam adalah akad jual-beli. Akad mereka adalah antara yang paling terperinci. Mereka didokong oleh dua penasihat syariah terkemuka iaitu Dr Ahmad Sufian Che Abdullah dan Dr Ahmad Rozaimi bin Ramlee.Semakan Harga Pakej

 

Saudagar Haramain Sdn BhdMenggunakan akad wakalah dengan upah dengan menerangkan 40% dari harga akan digunakan untuk upah. Cuma perlu penambah-baikan dengan memberitahu jika ada lebih upah, ke manakah akan disalurkanSemakan Harga Pakej

 

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare)

 

Menggunakan akad wakalah dengan upah dengan menerangkan 15% dari harga akan digunakan untuk upah dan jika ada lebih, akan digunakan untuk hibah.Semakan Harga Pakej

 

 

EzQurbaneZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Derma dan Wakaf. EZQ berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya dalam pelaksanaan ibadah akikah dan korban agar lebih mudah dan cepat.Semakan Harga Pakej

 

 

PERBEZAAN AKIKAH & KORBAN

Antara perbezaan korban dan aqiqah ialah:

  • Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak.
  • Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
  • Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
  • Tempoh menyembelih ternakan korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih ternakan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan boleh dibuat pada bila-bila hari yang sesuai.
  • Tuntutan melakukan ibadah aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan ibadah korban ialah setiap tahun hijrah.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI ONLINE (Check Balance di thijari.com.my)

Leave a Comment