KOS HAJI & BANTUAN KEWANGAN TH 2023 (Untuk B40 M40 & T20)
Kepada jemaah yang ingin menunaikan Haji melalui lembaga tabung haji Malaysia, sudah semestinya ingin mengetahui koshaji dan bayaran haji terkini. Disini kami akan kongsikan bagi golongan B40, M40 dan T20, semoga membantu.
APA ITU KOS HAJI
Koshaji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji. Antara kos langsung yang terlibat adalah:
- Kos penerbangan
- Kos pengangkutan
- Kos penginapan di Mekah dan Madinah
- Kos makan minum
- Bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.
Sebagai pengatahuan, Tabung haji masih lagi terus menanggung bayaran tidak langsung secara percuma seperti:
- Penerbitan buku dan risalah panduan haji
- Kursus-kursus haji
- Petugas haji kebajikan dan perubatan
- Kos berkaitan operasi haji di tanah air
- Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk Jemaah Haji Malaysia; dan
- Ubat-ubatan.
APA ITU BAYARAN HAJI
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.
KADAR BAYARAN HAJI 1444H/2023M
Kadar Bayaran Haji bagi Musim Haji 1444H/2023M adalah sebanyak RM30,850 seorang.
KADAR BANTUAN KEWANGAN HAJI BERSASAR 1444H/2023M
Bantuan Kewangan Haji bersasar telah dilaksanakan oleh TH tahun ini bagi mengurangkan beban kewangan TH agar dapat mencapai matlamat utamanya menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji di samping menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan demi kebajikan jemaah haji Malaysia. Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang diberikan iaitu:
KUMPULAN | KADAR BANTUAN KEWANGAN HAJI (HAFIS) | CATATAN |
B40 | RM19,870 | 64% daripada Kos Haji |
M40 | RM14,870 | 48% daripada Kos Haji |
T20 | RM30,850 | Tiada bantuan kewangan |
KOS BAYARAN HAJI JEMAAH MUASSASAH 1444H/2023M
TH masih memberi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar kepada jemaah haji walaupun terdapat kenaikan Kos Haji pada tahun ini. Berikut adalah merupakan kadar bayaran mengikut kumpulan:
KUMPULAN | KOS BAYARAN HAJI |
B40 | RM10,980 |
M40 | RM15,980 |
T20 | RM30,850 |
CARA RAYUAN HAJI 1444H/2023M
Kepada mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh KosHaji sebanyak RM30,850 seorang, melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.
CARA PENGELUARAN KWSP UNTUK BAYARAN HAJI
Para jemaah haji yang terpilih juga boleh mengeluarkan wang KWSP untuk membuat bayaran haji. Berikut adalah merupakan caranya:
- Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
- Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
- Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
- Berumur kurang 55 tahun
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat mengenai kos haji dan bayaran haji Lembaga Tabung Haji Malaysia, anda boleh merujuk website rasmi Tabung haji Di Sini
ARTIKEL LAIN
- DIVIDEN TABUNG HAJI 2023 (SEMAKAN HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022)
- SEMAKAN BAKI TABUNG HAJI ONLINE (Check Balance di thijari.com.my)
2 thoughts on “KOS HAJI & BANTUAN KEWANGAN TH 2023 (Untuk B40 M40 & T20)”