HARI THAIPUSAM 2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri)

HARI THAIPUSAM 2024(Bila Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM/Umum Negeri)

HARI THAIPUSAM CUTI

Thaipusam adalah upacara utama Hindu yang diadakan setiap tahun pada bulan penuh dalam bulan yang kesepuluh dalam kalendar Hindu – Thai – jatuh dari pertengahan Januari hingga pertengahan Februari dalam kalendar Gregory. Ia ditandakan di Malaysia dengan cuti umum. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum Hari Thaipusam bagi tahun 2024, semoga membantu.

 

APA ITU HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

 

LOKASI SAMBUTAN HARI THAIPUSAM DI MALAYSIA

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

  • Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.
  • Di George Town, Pulau Pinang ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.
  • Di Ipoh, negeri Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong, Ipoh.
  • Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
  • Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

 

TARIKH CUTI UMUM HARI THAIPUSAM 2024

Berikut adalah merupakan cuti umum Hari Thaipusam bagi negeri-negeri yang terlibat iaitu:

TarikhHariCutiNegeri
25 Jan 2024KhamisHari ThaipusamJohor, WP Kuala Lumpur, N.Sembilan, Pulau Pinang, Perak, WP Putrajaya & Selangor

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment