KPP TEST ONLINE (Koleksi Soalan & Ujian KPP)

KPP TEST ONLINE (Koleksi Soalan & Ujian KPP)

KPP TEST ONLINE

Sekiranya anda mengambil lesen memandu, semestinya anda perlu mengambil ujian teori komputer. Kepada anda yang mencari contoh soalan KPP Test Online, disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU KPP TEST ONLINE

Laman web ini menyediakan perkhidmatan untuk belajar Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP Test) tahun 2023 atas talian dengan percuma dan tanpa had. Soalan ujian KPP yang disedia adalah dalam Bahasa Malaysia.

Ujian KPP juga dikenali sebagai ujian amali. Selepas anda menghadiri kelas amali, anda perlu lulus ujian teori berkomputer daripada JPJ untuk mendapat lesen L in Malaysia sebelum dapat memandu kenderaan seperti kereta, motor, motosikal.

 

JUMLAH SOALAN UJIAN KPP ONLINE

Ujian komputer lesen memandu kereta 2023 di laman web ini mempunyai 500 soalan kpp dalam Bahasa Melayu untuk anda membuat latihan online. Latihan KPP01 di laman web ini sesuai untuk pelajar kereta dan motor.

 

KENAPA PERLU MENGAMBIL KPP TEST ONLINE

Ini merupakan peraturan daripada Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) Malaysia. Untuk meluluskan ujian kpp tersebut, anda perlu membaca buku kpp dari kerajaan ataupun buku latihan dengan 500 soalan untuk belajar undang-undang jalan raya di Malaysia.

 

TOPIK SOALAN UJIAN KPP ONLINE

Dengan laman web ini, anda boleh membuat latihan soalan pada bahagian:

BAHAGIANKETERANGAN
Ujian Buta Warna
  • Tujuan latihan ini adalah untuk menguji penglihatan mata anda terhadap warna.
  • Latihan ini mengandungi 26 soalan.
  • Anda dinasihati mengambil jarak penglihatan 75cm semasa menjawab.
  • Jika anda gagal menjawab kebanyakan soalan dengan betul dalam masa yang ditetapkan, anda dinasihati berjumpa dengan doktor mata untuk menbuat pemeriksaan yang lanjut.
Bahagian A
  • Tujuan Bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang tanda simbol / papan tanda jalan raya.
  • Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
  • Kebanyakan calon gagal menjawab semua soalan dengan betul dalam bahagian ini.
  • Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat.
  • Jika anda kurang pasti dengan jawapan yang dipilih, sila rujuk balik Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Bahagian B
  • Tujuan Bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang peraturan jalan raya.
  • Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
  • Kebanyakan calon gagal menjawab semua soalan dengan betul dalam bahagian ini.
  • Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat.
  • Jika anda kurang pasti dengan jawapan yang dipilih, sila rujuk balik Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Bahagian C
  • Tujuan bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang jalan raya, undang-undang dan soalan kejara.
  • Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
  • Kebanyakan calon gagal menjawab semua soalan dengan betul dalam bahagian ini.
  • Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat.
  • Jika anda kurang pasti dengan jawapan yang dipilih, sila rujuk balik Buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

NOTA: Soalan yang ditanya termasuk papan tanda, undang-undang, soalan sistem kejara dan sebagainya. Jawapan ujian komputer lesen memandu akan ditunjukkan segera setelah anda mencuba soalan yang diberikan. Semoga anda dapat skor 42/50 dalam ujian sebenar.

 

CONTOH SOALAN KPP TEST ONLINE

Kepada anda yang ingin mencuba jawab soalan KPP secara online, boleh klik pada pautan di bawah:

 

CARA GUNA APLIKASI KPP01 TEST JPJ 2023

Muat turun aplikasi KPP Test supaya anda boleh membuat latihan di telefon pintar dengan mudah alih:

  • Google Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

Berikut adalah merupakan cara penggunaannya:

  1. Buka aplikasi KPP Test di telefon anda
  2. Pada menu utama klik pada setting untuk memilih katagori ujian iaitu:
    • Kereta Sahaja
    • Motorsikal Sahaja
    • Kereta dan motorsikal
  3. Pada Ujian Teori
    • Pilih Set ujian yang anda inginkan (Set 1 hingga Set 7)
    • Sekiranya anda menjawab dengan betul ianya akan bertukar warna hijau manakala jika jawapan salah ianya akan bertukar warna hijau.
    • Jawab semua soalan yang ditanya sehingga selesai
    • Markah keseluruhan akan dipaparkan setelah semua soalan dijawab
  4. Pada Latihan
    • Seterusnya klik pada Latihan dan pilih latihan yang anda inginkan sama ada:
      • Bahagian A
      • Bahagian B
      • Bahagian C
    • Sekiranya anda menjawab dengan betul ianya akan bertukar warna hijau manakala jika jawapan salah ianya akan bertukar warna hijau.
    • Jawab semua soalan yang ditanya sehingga selesai
    • Markah keseluruhan akan dipaparkan setelah semua soalan dijawab

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai KPP Test Online, anda boleh merujuk pada website Ujian Kpp – Jpj Kpp Test 2023

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM LESEN MEMANDU MAIPk ASNAF NEGERI PERAK

1 thought on “KPP TEST ONLINE (Koleksi Soalan & Ujian KPP)”

Leave a Comment