PERMOHONAN PROGRAM LESEN MEMANDU MAIPk ASNAF NEGERI PERAK

PERMOHONAN PROGRAM LESEN MEMANDU MAIPk ASNAF NEGERI PERAK

LESEN MEMANDU MAIPk

Kepada warga remaja golongan fakir dan miskin di Negeri Perak yang ingin memiliki lesen memandu, anda boleh membuat permohonan menerusi Program Lesen Memandu MAIPk. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU PROGRAM LESEN MEMANDU MAIPk

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.

 

SYARAT KELAYAKAN LESEN MEMANDU MAIPk

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin di negeri Perak
  3. Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
  4. Berumur 21 tahun keatas
  5. Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh
  6. Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)
  7. Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM
  8. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)

 

INSTITUT MEMANDU TERLIBAT LESEN MEMANDU MAIPk

Berikut adalah merupakan antara institut memandu yang terlibat dalam program ini:

  • Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
  • Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
  • Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.

 

TARIKH PERMOHONAN LESEN MEMANDU MAIPk

Permohonan boleh dibuat mulai sekarang sehingga sebelum 31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam.

 

KUMPULAN LESEN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah merupakan antara kumpulan lesen yang ditawarkan menerusi program ini:

KUMPULAN LESENKELAS LESEN
Lesen Memandu CDL

(Pemandu Komersial)

Kelas C (Motosikal Roda Tiga)
Kelas E (Motolori)
Kelas H (Jentera Beroda) 2
Lesen Vokasional GDL

(Kenderaan Barangan)

Kelas C (Motosikal Roda Tiga)
Kelas D (Lori BTM 3500<)
Kelas E (Lori Kejur)
Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
Lesen Vokasional PSV

(Kenderaan Perkhidmatan Awam)

Kelas D (Van/Bas Mini)
Kelas E (Bas)

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk dikepilkan dengan borang permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan pemohon (jika berkahwin)
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah
  • Salinan penyata pendapatan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan pasangan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga
  • Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga Salinan Sijil Nikah / Cerai / Kematian (jika berkenaan)

 

CARA PERMOHONAN LESEN MEMANDU MAIPk

Kepada para fakir dan miskin yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dengan menggunakan Hurur Besar
  3. Kepilkan sekali dengan dokumen yang diperlukan
  4. Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
    • Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

NOTA: Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Lesen Memendu MAIPk, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK MAIPk (Semakan Status maiamp.gov.my)

Leave a Comment