PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK MAIPk (Semakan Status maiamp.gov.my)
Kepada warga Perak khususnya berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan, anda boleh membuat permohonan Bantuan Zakat Perak melalui MAIPk. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MAIPk
Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berfungsi menganjur, mendorong, membantu dan berusaha meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat islam berpandukan hukum-hukum Syarak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan
OBJEKTIF MAIPk
- Memartabatkan Intitusi zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan
- Mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan membangunkan sosioekonomi dan menandatangani kemaslahatan ummah
- Menjana kualiti perkhidamtan, budaya kerja cemerlang dan dinamik serta pengurusan yang sistematik dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi secara maksimum.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT PERAK
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk had kifayah).
SENARAI BANTUAN ZAKAT PERAK
Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang tersedia beserta borang permohonan:
NOTA: Borang ini tidak tertakluk kepada Bantuan Am Pelajaran. Bagi tujuan tersebut sila layari pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/
CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK
Kepada pemohon yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAIKp dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
- Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
SENARAI CAWANGAN MAIPk
Untuk mengetahui senarai cawangan berhampiran, anda boleh merujuk pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenau bantuan zakat Perak, sila layari website rasmi Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk ) di pautan https://www.maiamp.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN ( PINJAMAN PERUMAHAN B40)
NAMA SAYA HENG MENG LAI I/C 690318085333 TEMPAT LAHIR TANJONG PIANDANG,KERIAN ,PERAK.SEKARANG SAYA BELAJAR DI KAMPUS POLITEKNIK SEBERANG JAYA .KHUSUS PROGRAM DIPLOMA ELEKTRIK & ELEKTRONIK SURAT TAWARAN TAHUN 2022.SAYA DATANG DARI KELUARGA B40 .SAYA INGIN MINTA BANTUAN YAYASAN PERAK. SUPAYA SAYA BOLEH SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT IPT.
NOS TELEPHONE 0195059550 SAYA MOHON YAYASAN PERAK BOLEH TOLONG SAYA RINGANKAN SARA HIDUP.SAYA AKAN HANTAR DOCUMENT ASAL COPY ORIGINAL KE PEJABAT ANDA NANTI.SEKIAN TERIMA KASIH.HARAP MAKLUM.
HENG MENG LAI,0195059550
690318085333
UMUR SAYA 53 TAHUN SAYA BUJANG SAYA AMBIL KHUSUS PROGRAM DIPLOMA ELEKTRIK & ELEKTRONIK DI KAMPUS PSP MASA SELAMA TIGA TAHUN SEPENUH MASA .
ALAMAT SAYA NO.1 JALAN SERI MAKLOM ,13200 TANAM MAKLOMM, SUNGAI PUYU, BUTTTERWORTH, PULAU PINANG.MALAYSIA.SAYA HARAP TUAN BOLEH TOLONG SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.0195059550 HENG MENG LAI 690318085333