PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR MAIS (Semakan Status zakatselangor.com.my)
Kepada warga Selangor khususnya golongan Asnaf yang memerlukan bantuan, anda boleh membuat permohonan Bantuan Zakat Selangor. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu menjadi institusi zakat yang terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat. Ianya bertekad memberi perkhidmatan berkualiti yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
- Memperkasa Pengurusan Zakat
- Memaksimakan Kutipan Zakat
- Meningkatkan Keberkesanan Agihan Zakat
SENARAI BANTUAN ZAKAT SELANGOR
Antara senarai bantuan yang sering dipohon oleh asnaf :
- Bantuan Perubatan – Fakir Miskin
- Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin
- Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah
- Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah
- Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin
- Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin
- Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin
- Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin
- Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin
MUAT TURUN BORANG BANTUAN ZAKAT SELANGOR
Pastikan anda memuat turun borang permohonan untuk di isi:
- Borang Asnaf Fakir Miskin
- Pendaftaran Asnaf Fakir Miskin
- Borang Akuan Konflik Kepentingan (Wajib Diisi Untuk Semua Permohonan Agihan Zakat)
- Borang Pengesahan Kesihatan
- Borang Maklumat Sewa Rumah
- Borang Pengesahan Pendapatan (Tiada Slip Gaji) – Wajib Untuk Semua Jenis Permohonan Zakat
- Borang Pengesahan Sekolah (Bagi Permohonan Yang Melibatkan Anak Sekolah)
- Borang Maklumat Peribadi Asnaf Fakir Miskin Seksyen A
- Borang Maklumat Peribadi Asnaf Fakir Miskin Seksyen B
- Borang Maklumat Peribadi Asnaf Fakir Miskin Seksyen C
- Borang Kemaskini Maklumat Fakir Miskin Muallaf
- Bantuan Sewa Rumah Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Perubatan Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Makanan Bulanan Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Kewangan Bulanan Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Keperluan Pendidikan Sekolah Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Hutang Keperluan Hidup Asnaf Fakir Miskin
- Bantuan Dialisis Fakir Miskin
- Borang Dermasiswa Huffaz Al-Quran
- Surat Perwakilan Kuasa
- Borang Akuan Hilang Pendapatan
- Senarai Semak Bantuan Kecemasan / Bencana Alam
- Borang Asnaf Muallaf
- Borang Asnaf Gharim (Berhutang)
- Borang Permohonan Bantuan Gharimin (Wajib Isi)
- Borang Pengesahan Kesihatan
- Bantuan Hutang Perubatan Asnaf Gharim
- Bantuan Hutang Keperluan Hidup Asnaf Gharim (Sewaan)
- Bantuan Hutang Keperluan Hidup Asnaf Gharim (Bil Utiliti)
- Bantuan Dialisis Asnaf Gharim
- Bantuan Sewa Rumah Asnaf Gharim
- Senarai Semak Bantuan Kecemasan / Bencana Alam (Gharim)
CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR
Untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun borang permohonan yang berkaitan
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
- Serahkan borang permohoan yang lengkap di Kaunter LZS yang berdekatan dengan anda.
- Setiap permohonan akan melalui Prosedur tertentu.
SENARAI CAWANGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Untuk mengetahui secarai cawangan berhampiran, anda boleh merujuk pautan berikut https://stagingweb.zakatselangor.com.my/cawangan-zakat-3/
SEMAKAN STATUS BANTUAN ZAKAT SELANGOR
Untuk semakan status permohonan anda, sila hubungi Lembaga Zakat Selangor di talian 1-300-88-4343
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenau bantuan zakat Selangor, Sila layari website rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan https://www.zakatselangor.com.my/
ARTIKEL LAIN
Semak No Akaun Bil Air Selangor (Check & Bayar Online)