SPPNK 2024(Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah)

SPPNK (Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah)

PINJAMAN PENDIDIKAN KEDAH SPPNK

Kepada pelajar terutamanya rakyat kedah yang melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah sepenuh masa di IPTA dan IPTS dalam negara, anda boleh membuat permohonan bantuan pinjaman pendidikan negeri Kedah SPPNK. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SPPNK

Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan NegeriKedah (SPPNK) merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.

 

TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK

Permohonan telah dibuka pada 18 Ogos 2022 (Khamis) hingga 2 Oktober 2022 (Ahad).

 

JUMLAH PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK

Jumlah pinjaman kepada pelajar yang layak adalah sebanyak:

  • RM6,500.00 setahun
  • RM7,500.00 setahun bagi pengajian di UniSHAMS

Nota: Pinjaman akan disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.

 

TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK

  • Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula dua belas (12) bulan selepas pelajar menamatkan pengajian. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)

 

KADAR PEMBIAYAAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKANSPPNK

  • Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta caj perkhidmatan 2% setahun ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.

 

SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pemohon iaitui :

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin dan menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
  • Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam/dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan  seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga
  • Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga
  • Salinan Sijil SPM/ SPMV
  • Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja)
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT
  • Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
  • Gambar Berwarna Berukuran Pasport
  • Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah

 

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK

Kepada pelajar yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan ini:

  1. Layari laman web Sistem iPINJAM SPPNK
  2. Sebagai pengguna kali pertama, klik pada Daftar Pengguna Baru.
  3. Isi Nama Penuh, No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna, Kata Laluan dan Emel dan klik Hantar.
  4. Semak emel untuk pengesahan pendaftaran akaun.
  5. Log masuk dengan mengisi No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan.
  6. Memuat naik Surat Tawaran/Surat Pengesahan IPT di ruangan Maklumat Pengajian dan klik Seterusnya.
  7. Isi No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Waris/Penjaga untuk semakan kelayakan dan tekan butang Semak.
  8. Seterusnya klim pada Permohonan Baru.
  9. Isi maklumat yang diperlukanseperti berikut:
    • Maklumat pemohon
    • Maklumat Keluarga/Waris/Penjaga/Suami/Isteri
    • Tanggungan Keluarga yang masih belajar (sekiranya ada)
    • Maklumat Pengajian Semasa
    • Keputusan SPM
    • Maklumat STPM/STAM/Sijil/Matrikulasi dan Diploma
  10. Tandakan di ruangan “Ya” untuk Perakuan.
  11. Tukan butang “Hantar.”

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Pendidikan KedahSPPNK, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

NO AKAUN BIL AIR KEDAH SADA (Check & Bayar Online)

 

1 thought on “SPPNK 2024(Permohonan Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah)”

Leave a Comment