COWAY CUSTOMER SERVICE COMPLAINTS (No 1-800-888-111 & Cara Buat Aduan)

COWAY CUSTOMER SERVICE COMPLAINTS (No 1-800-888-111 & Cara Buat Aduan)

COWAY CUSTOMER SERVICE COMPLAINTS

Adakah anda pengguna Coway? Semestinya anda mengetahui setiap barangan yang anda melanggan sekiranya berlaku kerosakan anda boleh membuat aduan kepada pihak Coway. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat adauan melalui Coway Customer Service Complaints , semoga membantu.

 

APA ITU COWAY

Coway Co., Ltd. ialah pengeluar kelengkapan rumah, penulen air dan pelembut air dari Korea Selatan. Diasaskan dan beribu pejabat di Seoul, Coway ialah syarikat penulen air terbesar di negara ini dan memiliki anak syarikat di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Amerika Syarikat. Syarikat itu disenaraikan di Bursa Korea dan merupakan anak syarikat Netmarble sejak 2019. Syarikat itu mengeluarkan bidet, penulen air dan pelembut, dan penulen udara.

 

KELEBIHAN COWAY

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan barangan Coway:

  1. Jenama yang terkenal
    • Jenama terkenal sememangnya sinonim dengan kita rakyat malaysia. Sudah menjadi kebiasaan, kalau kita nak pilih sesuatu barangan yang dipercayai berkualiti pastinya kita cenderung untuk memilih jenama yang terkenal atau popular.
  2. Penyelidikan dan Pembangunan
    • Coway menjadi jenama terkenal dan dipercayai bukanlah dalam masa yang singkat. Coway bermula dari sebuah perusahaan kecil sehingga mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan tersendiri yang membolehkan coway sentiasa menaiktaraf kualiti produk dan teknologinya.
  3. WQA
    • Water Quality Assosiation (WQA) merupakan agensi pensijilan seluruh dunia untuk penapis air. Setiap penapis air perlu menjalani ujian oleh WQA untuk memastikan tahap tapisannya menepati piawaian yang telah ditetapkan. Ianya seperti SIRIM pada barangan elektrik untuk memastikan produk itu selamat digunakan.
  4. Halal
    • Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Prihatin dengan situasi ini, pihak coway melakukan tindakan drastik dengan mendapatkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM.
  5. Jaminan
    • Merupakan satu faktor penting bagi pelanggan sebelum membeli sesuatu produk dari sebuah syarikat. Ini demi memastikan pelanggan tidak menanggung kos yang diluar jangkaan seperti membaik pulih dengan kerosakan yang dialami.

 

PILIHAN HELPLINE COWAY CUSTOMER SERVICE

Berikut adalah merupakan pilihan yang boleh dibuat melalui coway customer service complaints:

  • Laporan Kerosakan
  • Jualan dan Pertanyaan
  • Bil dan Pembayaran
  • Khidmat pelanggan

 

CARA BUAT ADUAN COWAY

Sekiranya anda ingin aduan, Sila hubungi Coway Careline

  • Hubungi 1-800-888-111 untuk pertanyaan, aduan dan kerosakan pada penapis Coway anda.
  • Waktu operasi
    • Isnin – Jumaat: 9.00 Pagi – 8. Malam
    • Sabtu – Ahad: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
  • Maklumkan kepada pegawai bertugas tersebut tentang permasalahan yang anda alami berkaitan barangan Coway anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Coway, anda boleh melayari website rasmui Coway Malaysia di pautan https://coway.my/

 

ARTIKEL LAIN

Aircond Kereta Tak Sejuk (Cara DIY Repair Murah & Senang)

2 thoughts on “COWAY CUSTOMER SERVICE COMPLAINTS (No 1-800-888-111 & Cara Buat Aduan)”

  1. Mesin Coway jenis Ombak yg baru ( upgrade dari Villeam)kerap rosak sejak mula digunapakai sehingga sekarang . Tahap kepuasan yang sangat mengecewakan sepanjang penggunaan. Hampir setiap 3 2 bulan ada masalah pump & heater tak berfungsi. Technician memaklumkan mesin tidak boleh ditukar . Akhirnya masalah dan kerugian ditanggung oleh pengguna.

    Reply
  2. Sy salah seorang customer dr Kelantan ingin membuat aduan psl layanan manager dan staff di area sini sgt teruk. Sy telah buat report menganai mesin air rmh sy x keluar air lansung pd 21.11.2023 sampai hari ni tak ada technician yg datang tgk. Memang teruk berminggu-minggu sy tggu. Pada awl tu manager ada ckp nk htr tecnician dgn secepat mungkin ttp tak ada jugak. Lps 3 hr sy cuba chat dan call manager tp memang takda feedback lansung. Sy amat mengecewakan dgn kes ni.
    Sy hrp pihak atasan dpt mengambil tindakan dgn secepat mungkin.

    Reply

Leave a Comment