KERETA PRE REGISTERED (Cara Beli Interest Rate & Jenis)

KERETA PRE REGISTERED (Cara Beli Interest Rate & Jenis)

KERETA PRE REGISTERED

Sekiranya anda ingin memiliki kereta mewah tetapi membelinya dengan harga mampu milik, sebenarnya anda boleh memberli kereta pre registered. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai kereta ini berserta cara pembelian, semoga membantu.

 

APA ITU KERETA PRE REGISTERED

Kereta pre registered (pra-berdaftar) adalah sebuah kereta yang tidak pernah dimiliki atau dipandu oleh sesiapa tetapi telah didaftarkan kepada syarikat pengedar oleh pengeluar.

Kereta pre reg kebanyakkan kereta yang pengeluar gunakan untuk test drive atau dipamerkan di showroom. Kereta ini akan didaftarkan atas nama pengeluar/pemegang francais atau syarikat yang memiliki showroom kereta.

Ini bermakna kenderaan ini langsung tidak digunakan atau mungkin digunakan untuk tujuan promosi sahaja dan kebiasaannya dijual pada perbatuan yang sangat rendah (kurang dari 100 km, dan menggunakan trade plate bila bergerak di atas jalanraya).

Keadaan kenderaan jenis ini adalah sebaik kenderaan baru dan ada kalanya syarikat menawarkan pembeli menggunakan nombor pendaftaran mereka untuk pendaftran kali pertama.

 

KELEBIHAN KERETA PRE REGISTERED

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda dapat membeli kereta ini:

  • Lebih jimat dengan minimum 10% lebih murah daripada harga asal kereta baru.
  • Ready stock, tak perlu tunggu lama bagi model yang ada waiting period panjang. Unit yang dijual biasanya dalam keadaan yang sangat elok berbanding kalau beli kereta daripada penjual kereta terpakai.

 

JENIS KERETA PRE REGISTERED

Jenis kereta ini adalah bergantung pada showroom yang anda kunjungi dan juga bergantung pada pengeluar, biasanya kena tanya salesman direct kalau nak kereta pre reg ni. Kadang-kadang showroom pun ada unit pre-registered yang tersendiri lebih-lebih lagi kalau showroom tu besar. Jadi memang kena rajin sikit bertanya kalau nak cari pre-registered unit. Pengeluar seperti Mazda & Mercedes memang dah ada showroom khas untuk pre-registered unit.

 

INTEREST RATE KERETA PREREGISTERED

Perlu sedar bahawa tawaran kewangan pada kereta baru kadang-kadang lebih rendah rate nya untuk pembelian baru daripada membeli kereta pre reg. Namun bagaimanapun kereta tersebut didaftarkan kurang dari setahun ketika saat pembelian, sesetengah bank memberi kan rate yang sama seperti kereta baru.

 

CARA BELI KERETA PRE REGISTERED

Sekiranya anda berminat untuk membeli kereta pre reg ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi showroom yang berhampiran anda berdasarkan pilihan model kenderaan anda inginkan. Contoh sekiranya anda meminati proton, anda boleh kunjugi showroom proton.
  2. Maklumkan kepada salesman yang ada bahawa anda ingin membeli kereta pre reg. Sekiranya anda salesman tersebut akan meklumkan model yang tersedia.
  3. Seharusnya anda boleh melihat kenderaantersebut, sekiranya berpuas hati anda boleh membelinya.

 

KELEMAHAN KERETA PREREGISTERED

Walaubagaimanapun, pembelian kereta pre reg ini terdapat beberapa kelemahan iaitu:

  • Tidak dapat membuat pilihan warna kenderaan
  • Tidak kesemua showroom mempunya kereta pre reg yang anda inginkan
  • Stok yang terhad
  • Merupakan kereta test drive

 

ARTIKEL LAIN

CARA KIRA LOAN KERETA (Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Baru & Secondhand)

Leave a Comment