Cara Nak Transfer NCD Kereta (Bila Beli Kereta Baru)

Cara Nak Transfer NCD Kereta (Bila Beli Kereta Baru)

Cara Nak Transfer NCD Kereta

NCD atau No Claim Discount secara amnya merujuk pada diskaun insurans yang biasanya ditawarkan kepada pemilik kenderaan sekiranya tiada sebarang tuntutan insurans dilakukan sepanjang tempoh pemilikan. Kadar pengurangan diskaun insurans sehingga maksimum 55 peratus ini akan diberikan secara automatik semasa pemilik renew insurans kereta sekiranya tiada sebarang claim insurans kemalangan dibuat.

 

Selain menikmati diskaun insurans, pemilik kenderaan juga boleh memilih untuk transfer NCD ke kenderaan baru sekiranya ia didaftarkan di bawah nama pemilik yang sama.

 

Berikut Perkara Anda Perlu Tahu Tentang NCD Insurance, Sebelum Anda Tahu Cara Nak Transfer NCD Kereta

Apakah Maksud NCD Kereta

  • Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount merupakan satu bentuk pengurangan bayaran yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan. Diskaun NCD kereta membolehkan pemilik kenderaan menikmati harga insurans kereta yang lebih rendah semasa perbaharui insurans jika tiada sebarang tuntutan dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembaharuan, atau sekiranya tiada tuntutan insurans kemalangan dilaporkan oleh pihak ketiga ke atas polisi insurans anda.

 

Apa Itu Withdraw NCD?

  • Proses memindahkan NCD kereta lama ke kereta baru secara tidak langsung membolehkan pemilik kenderaan menikmati kadar premium insurans pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga asal. Oleh sebab itu, ramai pemilik kenderaan yang memilih untuk transfer NCD untuk nikmati kadar penjimatan yang lebih tinggi. Sekiranya anda ingin transfer NCD kereta lama ke kereta baru, berikut tiga cara yang boleh anda pertimbangkan:

 

  1. Pembatalan Polisi
  • Apabila anda menjual kereta lama, anda boleh menamatkan polisi pada kereta lama anda dan menggunakan NCD dari kereta tersebut pada kereta baru anda.

 

  1. Polisi Insurans Tamat Tempoh
  • Namun sekiranya polisi insurans kereta lama tersebut sudah tamat tempoh, anda boleh menggunakan NCD tersebut untuk kereta baru anda semasa perbaharui insurans kereta.

 

  1. NCD Withdrawal
  • Sekiranya anda membeli kenderaan baru dan memilih untuk tidak menjual kenderaan lama anda, anda juga boleh transfer NCD daripada kenderaan lama ke kenderaan baru anda. Sebagai contoh, jika kereta lama anda mempunyai NCD sebanyak 55 peratus dan anda membuat keputusan untuk memindahkannya ke kereta baru, syarikat insurans akan withdraw NCD polisi kereta lama anda. Ini bermaksud, kadar NCD 55 peratus tersebut boleh digunakan untuk kereta baru dan kadar NCD kereta lama anda akan kembali kepada kosong peratus sama seperti tahun pertama.

 

Berapa Kadar Peratus NCD Insurans Kereta (NCD %)

  • Kadar Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discount) atau NCD kereta adalah berbeza mengikut jenis dan kelas kenderaan. Kadar NCD dibahagikan kepada dua kategori iaitu kenderaan persendirian dan syarikat; dan kenderaan komersial (motosikal, teksi, lori dan kenderaan khas).
TahunPeratus Kadar NCD (Kereta)Peratus Kadar NCD (Motor)
Pertama00
Kedua2515
Ketiga (dan ke atas)3020 (maksimum)
Keempat38.33
Kelima45
Keenam (dan ke atas)55 (maksimum)

 

  • Bagi kenderaan persendirian, peratus NCD adalah antara 25 hingga 55 peratus. Sebagai contoh, polisi insurans kenderaan untuk tahun pertama tidak akan mendapat sebarang diskaun insurance NCD. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25 peratus sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama semasa perbaharui insurans kereta pada tahun berikutnya.

 

  • Ia diikuti dengan diskaun 30 peratus untuk tahun kedua, 38.33 peratus untuk tahun ketiga dan 44 peratus untuk tahun keempat. Diskaun insurans ini ditetapkan pada kadar 55 peratus untuk tahun kelima, dan kadar peratus NCD kekal dan dihadkan pada 55 peratus untuk tahun keenam dan seterusnya tanpa sebarang kenaikan.

 

 

 

Bagaimana Cara Kira NCD Insurance

  • Sebagai contoh, Hafiz memiliki dua buah kereta iaitu Proton Myvi (2017) dan Honda City (2022) yang baru dibelinya. Andaikan premium insurans bagi Proton Myvi lamanya ialah RM600 (NCD 55%) manakala premium insurans untuk Honda City barunya ialah RM1,600 (NCD 0%). Anda boleh merujuk panduan pengiraan di bawah:
Transfer NCD ke Kereta BaruTak Transfer NCD
Proton MyviProton Myvi
RM600 – (NCD 0%) = RM600RM600 – (NCD 55%) = RM270
Honda CityHonda City
RM1,600 – (NCD 55%) = RM720RM1,600 – (NCD 0%) = RM1,600
Jumlah: RM1,320Jumlah: RM1,870

 

 

 

Cara Nak Transfer NCD Kereta (Bila Beli Kereta Baru)? Berikut Adalah Caranya:

 

  1. Sediakan Dokumen Lengkap
  • Sediakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan dan maklumat bank.

 

  1. Hadir ke Cawangan Insurans
  • Hadir ke mana-mana cawangan insurans atau takaful insurans kereta anda.

 

  1. Lengkapkan Borang Transfer NCD
  • Isi borang-borang yang disediakan. Anda akan diberikan salinan setelah permohonan anda diluluskan.

 

  1. Jelaskan Baki Premium
  • Bagi pemilik yang mempunyai baki premiums insurans sedia ada (jika berkaitan) hendaklah menyelesaikannya sebelum boleh memindahkan NCD ke kereta baru. Jumlah amaun yang perlu dijelaskan bergantung pada tempoh polisi insurans yang masih sah.Namun begitu, sekiranya insurans anda telah tamat tempoh, anda boleh abaikan langkah ini.

 

 

 

  1. Renew Insurans Kereta
  • Sediakan dokumen Pindahan NCD semasa anda renew insurans kereta baru anda. Pastikan semua maklumat dikemas kini, double check kadar NCD untuk kereta baru adalah sama dengan NCD kereta lama anda. Anda disarankan untuk sediakan cover note lama anda (yang mempunyai kadar NCD paling tinggi) semasa perbaharui insurans.

 

 

Apakah Yang Menyebabkan Proses Transfer NCD Tidak Berjaya

  1. Pindah NCD kepada Individu Lain
  • Kadar NCD hanya boleh dipindahkan pada kenderaan baru yang didaftarkan di bawah nama dan nombor kad pengenalan pemilik yang sama.

 

  1. Guna Bantuan Pihak Ketiga untuk Transfer NCD
  • Proses transfer NCD hanya boleh dilakukan oleh penama yang tercatat pada insurans kenderaan untuk tujuan pengesahan. Proses tukar NCD mungkin boleh ditolak sekiranya anda menggunakan ejen atau runner untuk transfer NCD bagi pihak anda.

 

  1. Kelas Kenderaan yang Tidak Sama
  • Kadar NCD hanya boleh dipindahkan kepada kenderaan dalam kelas, jenis dan kategori yang sama. Sebagai contoh, anda tidak boleh transfer NCD motosikal kepada kereta dan begitu juga sebaliknya.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Tukar Warna Cat Wrap Kereta (Dapatkan Kelulusan JPJ Dulu & Semak Harga)

 

1 thought on “Cara Nak Transfer NCD Kereta (Bila Beli Kereta Baru)”

Leave a Comment