Cara Tukar Warna Cat Wrap Kereta (Dapatkan Kelulusan  JPJ Dulu & Semak Harga)

Cara Tukar Warna Cat Kereta (Dapatkan Kelulusan  JPJ Dulu & Semak Harga)

Cara Tukar Warna Cat Wrap Kereta

Warna putih dan perak begitu sinonim dengan kebiasaan warna kereta, Antara warna  yang paling digemari ramai adalah warna hitam kelabu dan biru.

Namun kebiasaanyya sebagai pengguna kita memilih untuk menukar gaya warna kereta bersesuaian dengan personaliti ,eksperesi dan kepribadian pemilik.

Untuk pengetahuan,penukaran warna cat kereta secara asasnya tidak menjadi kesalahan. Anda boleh menukar warna kereta anda mengikut kegemaran sendiri.

Menurut  Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengubahsuaian kecil atau pemasangan aksesori kereta tambahan yang tidak mengubah identiti dan mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan tidak memerlukan permohonan di JPJ.

Namun begitu kami  akan kongsikan proses cara  tukar warna cat kereta termasuk harga dan jenis cat kereta yang perlu anda tahu untuk rujukan dan panduan anda.

 

Langkah Yang Perlu Diambil Selepas Melakukan Pengubahsuaian Dan Warna  Cat Kereta

Dalam masa 7 hari selepas pengubahsuaiandan penukaran warna cat  kereta dilakukan, anda hendaklah memohon kebenaran dan melaporkan warna kereta anda pada pihak JPJ. Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang tindakan kompaun dan saman dikenakan. Antara prosedur yang perlu dilakukan untuk menukar warna cat kenderaan anda adalah:-

  • Cat kereta anda terlebih dahulu. Jika warna cat kereta lebih daripada satu warna, warna yang paling dominan dianggap sebagai warna utama kenderaan;
  • Setelah proses mengecat kereta selesai, anda perlu hadir ke pejabat JPJ berhampiran untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat;
  • Isi borang JPJ K8 (Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan dan Pemunya Berdaftar) dan serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas
  • Pegawai JPJ akan mengemas kini maklumat dalam system MySikap
  • Tiada bayaran akan dikenakan untuk prosedur ini.

 

Mengapa Perlu Dapatkan Kelulusan JPJ untuk Tukar Warna Cat Kereta?

Berikut adalah cara tukar cat kereta (Permohonan Kelulusan JPJ)

Perubahan dan pengubahsuaian warna kereta secara asasnya  boleh dilakukan asalkan pihak pengguna memaklumkan maklumat ini kepada pihak JPJ. Seperti sedia maklum, penukaran warna kereta tanpa makluman akan mendedahkan diri anda kepada saman dan kompaun dari pihak JPJ. Dalam kes tertentu anda mungkin boleh dikenakan saman atas dua kesalahan trafik yang berbeza

Tamsilnya, sekiranya anda memandu melebihi had laju semasa perjalanan balik kampung, anda akan menerima saman speedtrack atau saman polis. Dan jika pihak polis mendapati warna kereta yang disaman berbeza dengan rekod JPJ sedia ada, besar kemungkinan anda juga akan menerima saman kerana menukar warna cat kenderaan tanpa kebenaran.

 

Untuk pengetahuan,urusan permohonan cara tukar warna cat kereta hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ.Selain itu, anda boleh memuat turun borang Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan Dan Pemunya Berdaftar (JPJ K8) di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ.

 

Spray Cat Kereta Mempengaruhi Tuntutan Insurans Kemalangan?

Jawapannya adalah ya. Sebarang penukaran warna kenderaan yang boleh dikaitkan dengan insurans tanpa makluman akan memberi impak terhadap tuntutan. Tambahan pula, perbezaan antara rekod pendaftaran dan warna kereta terkini mungkin boleh menjadi sumber pertikaian semasa tuntutan. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat anda haruslah menghubungi pihak insurans anda dan mendapatkan kepastian akan hal ini bagi mengelakkan tuntutan insurans kemalangan ditolak.

 

Spray Kereta: Panduan Pilih Cat Kereta Terbaik

Warna cat kereta bukan sahaja mencantikkan kereta dan melambangkan personaliti anda tetapi memain peranan penting dalam menjaga dan melindungi kereta anda. Warna cat kereta berasaskan air atau acrylic polyurethane enamel merupakan jenis cat kereta paling popular buat masa ini.

 

4 Jenis Cat Kereta

Setiap individu mempunyai taste tersendiri dalam pemilihan warna cat kereta masing-masing. Dalam pasaran, terdapat beberapa jenis cat kereta yang dijual bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Berikut empat jenis cat kereta yang biasa ditemui untuk rujukan dan panduan anda:

  1. Warna Solid(Solid Paint)

Warna solid menjadi pilihan ramai disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding warna cat kereta yang lain. Hal ini demikian kerana, warna cat asas tidak mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai perlindungan. Kebanyakan cat kereta yang dijual pada hari ini tidak lagi disaluti dengan lapisan jernih kerana ia menggunakan campuran cat acrylic dan isocynate bagi menjadikannya lebih tahan lama. Sayangnya, warna cat solid kurang menarik, cepat kusam dan pudar.

  1. Warna Cat Kereta Metalik (Metallic Paint)

Cat kereta jenis ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan cat solid kerana perbezaan ketara antara warna cat kereta metalik dan warna cat kereta solid ialah ia mengandungi serbuk logam (metal) yang mana semakin banyak serbuk logam dicampurkan, semakin tinggi kesan kilat. Kepelbagaian pilihan warna cat kereta metalik ditawarkan dipasaran adalah mengikut jenis, harga cat dan kualiti cat bergantung pada kandungan serbuk logam yang dimasukkan ke dalam campuran cat ini.

Menariknya, warna cat kereta metalik mudah dijaga dan dicuci, keaslian warna juga lebih tahan lama berbanding warna cat solid. Namun begitu, anda mungkin berdepan masalah jika kereta anda memerlukan kerja baik pulih kerana sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama dengan yang asal.

  1. Warna Kilauan Mutiara (Pearlescent Paint)

Cat jenis ini semakin popular dalam kalangan pemilik kereta disebabkan oleh kesan unik dan dramatik yang ditawarkan yang seakan mewah dan mampu milik. Berbanding warna cat metalik yang menggunakan serbuk logam, cat kilauan mutiara dicampurkan dengan kristal seramik untuk tampil lebih “premium”dan “wow”. Ianya sekali gus membolehkan cat ini membiaskan cahaya dan menukar warna mengikut pantulan kecerahan cahaya dari sudut pandangan yang berbeza.

  1. Cat dengan Kemasan Kusam (Matte Finishes)

Cat jenis ini tidak sesuai digunakan pada semua jenis kenderaan kerana sifatnya yang kusam dan tidak berkilat. Meskipun begitu, matte finishes hanya  kelihatan  menarik jika bersesuaian dengan kereta. Hal ini demikian kerana, Cat kereta matte mengandungi kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi untuk memberi kesan tersebut.

Biasanya, cat kereta jenis ini digunakan oleh kereta berprestasi tinggi, kereta sport atau kereta paling mahal dan warna matte hitam atau kelabu merupakan warna matte paling popular. Harga cat kereta matte boleh mencecah sehingga RM10k bergantung pada kualiti.

Harga Cat Kereta

Secara teknikal, kos atau harga cat kereta ditentukan berdasarkan beberapa kriteria antaranya jenis bilik spray kereta yang digunakan sama ada oven atau spray boot. Kos cat kereta  lebih tinggi  di bengkel cat kereta yang dilengkapi dengan ruang tertutup kerana mereka yang mempunyai saluran udara dan sistem pemanas. Semestinya proses pengeringan di bengkel ruangan tertutup lebih cepat daripada yang biasa. Ia biasanya mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan hari untuk cat benar-benar kering. Berikut merupakan kos yang dicaj oleh bengkel ruangan tertutup untuk proses  pengecatan dan pengeringan sebuah kereta.

Jenis Kereta (Sedan)

  • Bahagian Luar – RM 4000 ke RM 6000 ( bergantung jenis cat)

Bahagian Luar & Dalam- RM 6000 ke RM 7000

Bagi bengkel kereta yang tidak mempunyai mesin pengeringan dan bergantung pada cuaca sepenuhnya, harga cat kereta biasanya lebih murah. Namun begitu, ia mungkin memakan masa yang lama untuk disiapkan iaitu sekitar tiga ke empat minggu bergantung pada situasi.

Jenis Kereta (Sedan)

  • Bahagian Luar- RM 3000 ke RM 4000 (bergantung jenis cat)
  • Bahagian Luar & Dalam- Rm 4000 ke RM 5000

 

Cat Kereta vs. Wrap Kereta

Alternatif wrap kereta kini menjadi trend baharu dalam kalangan pengguna dan jika dibandingkan dengan faktor kos, harga wrap kereta boleh dikategorikan sebagai kompetitif. Selari dengan teknologi moden, pengguna kini mempunyai alternatif baharu dan boleh memilih sama ada cat kereta atau membalut kereta menggunakan pelekat vinyl atau wrap kereta.

 

 

Berikut merupakan perbandingan antara cat kereta dan wrap kereta untuk panduan dan rujukan anda:

 

Perbandingan Kaedah Cat Kereta dan Wrap Kereta

Cat KeretaWrap Kereta
Proses Cat KeretaKereta perlu ditinggalkan di bengkel untuk tempoh tertentu kerana prosesnya memakan masa (masa pengeringan dan sebagainya). Masa menunggu untuk setiap lapisan cat kering adalah sekitar lapan jam, dan anggaran tempoh cat kereta adalah kira-kira satu ke tiga minggu (atau mungkin lebih bergantung pada keadaan).Proses wrap kereta biasanya mengambil masa kurang daripada tiga hari bergantung pada bengkel kereta. Ia melibatkan proses yang agak mudah iaitu kereta akan dicuci dan dikeringkan sebelum dibalut.
Harga Cat KeretaHarga tukar cat kereta adalah subjektif. Namun biasanya, ia bergantung pada kualiti dan jenis cat, model kenderaan, fasiliti dan jumlah lapisan cat yang digunakan.Harga wrap kereta juga adalah subjektif bergantung pada saiz atau jenis kereta, jenis pelekat vinyl yang dipilih dan tahap kesukaran proses.
Penjagaan/PenyelenggaraanPemilik perlu mengenakan lapisan coating kereta untuk perlindungan berganda. Malah, pemilik juga perlu kerap mencuci, polish dan wax untuk memastikan warna kenderaan lebih tahan lama.Wrap kereta lebih mudah untuk dijaga – hanya perlu basuh/lap menggunakan kain basah. Ada material kain yang sesuai untuk permukaan vinyl dijual dipasaran bagi menghalang habuk mikroskopik daripada merosakkan permukaan. Malah, jenis wrap yang berkualiti biasanya lebih tahan lama.
Proses Tanggal Cat KeretaProses tanggal cat kereta biasanya memakan masa yang lebih lama. Dalam sesetengah keadaan, badan atau struktur kereta boleh rosak atau calar jika dilakukan dengan tidak cermat.Proses menanggalkan pelekat lama tidak mengambil masa yang lama dan tidak menyebabkan karat atau calar.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Nak Servis Kereta (Bila Kena Check Tukar Minyak & Harga)

 

2 thoughts on “Cara Tukar Warna Cat Wrap Kereta (Dapatkan Kelulusan  JPJ Dulu & Semak Harga)”

Leave a Comment