CARA DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SDN BHD (Berapa Kos Fi Pendaftaran)

CARA DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SDN BHD (Berapa Kos Fi Pendaftaran)

CARA DAFTAR SYARIKAT

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sudah semestinya anda dikehandi untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara daftar bagi enterprise atau sdn bhd, semoga membantu.

 

APA ITU ENTERPRISE

Enterprise ialah organisasi perniagaan yang bertujuan memaksimumkan keuntungan dan merupakan entiti perniagaan yang popular di negara kita. Pemilik mempunyai tanggungjawab penuh ke atas aset dan juga liabiliti syarikat.

 

APA ITU SDN. BHD

Sdn Bhd atau Sendirian Berhad ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah jenis syarikat liabiliti terhad. Pemegang saham di mana syarikat merupakan entiti sah dari segi undang-undang. Pemegang saham juga tidak mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang piutang bisnes. Aset pemilik bisnes tidak boleh digunakan untuk bayar hutang dan liabiliti bisnes.

 

PERBEZAAN ENTERPRISE DAN SDN BHD

Berikut adalah merupakan perbezaan pendaftaran syarikat enterprise dan sdn bhd:

ENTERPRISESDN BHD
PerniagaanSyarikat
TIADAMempunyai kumpulan pemegang saham & kumpulan pengarah
pemilik Enterprise bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perniagaanPemilik Sdn Bhd (pemegang saham terbesar) boleh memilih untuk tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat
Modal terhadSdn Bhd mendapat akses modal tidak terhad (saham syarikat boleh ditambah pada bila-bila masa)
Tidak perlu SetiausahaPengurusan Sdn Bhd dibantu oleh Setiausaha Syarikat (Company Secretary)
Nama Enterprises tidak boleh ditukarNama syarikat Sdn Bhd boleh ditukar

 

Keuntungan akan diperolehi oleh pemilik sepenuhnyaSyarikat Sdn Bhd dan pemiliknya (pemegang saham) adalah entiti berbeza. Keuntungan yang diperolehi adalah milik syarikat
Sekiranya bankrap Bank boleh menarik segala aset pemilikSekiranya bankrap Pemilik Sdn Bhd tidak terjejas
Kematian pemilik akan menamatkan perniagaan EnterpriseKematian pemilik dalam syarikat Sdn Bhd tidak menjejaskan perniagaan
Cukai Enterprise dikira bawah cukai pendapatan individu (sehingga 28%)Cukai Sdn Bhd dikira atas syarikat (kadar cukai 19%-24% atas pendapatan bercukai)

 

KOS DAFTAR ENTERPRISE

Berikut adalah Fi Pendaftaran perniagaan baru seperti berikut:

  • RM 60 setahun – Perniagaan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan Nama Tred
  • RM 30 setahun – Perniagaan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan
  • RM 5 – Setiap Cawangan (jika ada)
  • RM 10 – Maklumat Perniagaan

 

CARA DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE

Berikut adalah cara Pendaftaran perniagaan enterprise baru seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my
  2. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu.
  3. Sila lampirkan / ”upload” dalam sistem ezbiz dokumen (berkaitan sahaja) seperti berikut
    • Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
    • Surat kebenaran/pengesahan agensi (jika ada), jika jenis/aktiviti perniagaan yang didaftarkan perlu kelulusan agensi berkenaan

 

KOS DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah merupakan bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM apabila menyerahkan urusan pendaftaran kepada Syarikat Setiausaha:

  • Pakej Penubuhan: Antara RM1600 – RM2500
  • Yuran syarikat setiausaha (optional) – bayaran atas pelantikan syarikat setiusaha tersebut
    • Bulanan: antara RM60 – Rm150
  • Bayaran SSM: Angaran RM1000 lebih

 

CARA DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah merupakan cara untuk daftar syarikat sdn bhd:

  1. Cari Syarikat setiausaha yang mempunyai pakej seperti berikut:
    • Carian Nama Syarikat (sekurang-kurangnya dua nama)
    • Berapa orang pengarah / pemegang saham yang diberikan
    • Pakej termasuk SSM
    • Resolusi bank
    • Complete Set
  2. Pastikan anda membuat perbandingan harga antara Syarikat Setiausaha pilihan anda
  3. Sekiranya anda merasa pemilihan Syarikat Setiausaha yang memberi tawaran terbaik untuk anda, anda boleh teruskan pendaftaran syarikat sdn bhd tersebut

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

1 thought on “CARA DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SDN BHD (Berapa Kos Fi Pendaftaran)”

Leave a Comment