CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT

Sekiranya anda seorang usahawan  yang ingin membuka akaun syarikat, semestinya Introducer diperlukan.  Tetapi ada sesetengah bank tidak perlukan introducer untuk membukanya.  Disini kami akan kongsikan cara untuk membuka akaun syarikat dan juga kadar minimum diperlukan bagi pembukaan akaun semasa, semoga membantu.

 

APA ITU INTRODUCER

Introducer atau pencadang ini selalunya wajib kena ada sekali dengan kita semasa membuka akaun semasa. Orang yang boleh menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun bank yang ingin dibuka tetapi dengan syarat akaunnya aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Introducer juga tidak boleh ada senarai cek ditendang atau sejarah buruk dalam akaun banknya. Mereka juga wajib ada cop perniagaan yang jelas dan menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.

 

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT MAYBANK (Tanpa Introducer)

Maybank telah melonggarkan syarat dan tidak lagi memerlukan introducer terutamanya bagi perniagaan milikan tunggal (Enterprise), berikut adalah cara pembukaan akaun Syarikat Maybank:

  1. Pergi ke laman web Perniagaan Maybank
  2. Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk nombor pendaftaran SSM.
  3. Lepas dah siap isi semua, access code akan dihantar melalui SMS.
  4. Kemudian anda akan dapat Maybank, sila print butiran akaun dan nombor rujukan yang diberi.
  5. Akhir sekali, sila ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun yang telah didaftarkan secara online tadi.
  6. Minimum deposit: RM1000

Nota: Cawangan bank terdekat boleh dipilih ketika membuat pendaftaran online tadi.

 

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT CIMB BANK (Tanpa Introducer)

Berikut adalah cara membuka akaun semasa CIMB anda tanpa gunakan introducer:

  1. Layari pautan perniagaan CIMB
  2. Klik pada logo kunci yang berada di sebelah kanan atas, pilih pada BizChannel@CIMB
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan, kemudian tekan Next Step
  4. Setelah selesai, anda akan diberikan Reference ID. Pastikan anda simpan nombor ID ini. (Nombor ID ini akan diminta semasa anda pergi ke Branch CIMB nanti)
  5. Anda dikehendaki hadir ke cawangan CIMB yang telah anda pilih semasa mengisi borang tersebut. (Perlu hadir dalam masa 30 hari selepas anda mengisi borang secara online).
  6. Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
    • Kad Pengenalan
    • SSM yang terkini (salinan & fotostat)
    • Minimum deposit: RM1000
    • Reference ID anda

 

KADAR MINIMUM DEPOSIT AKAUN SYARIKAT

Berikut adalah merupakan kadar minimum deposit yang diperlukan bagi pembukaan akaun syarikat selain dari bank CIMB dan Maybank:

Buka Akaun Syarikat Affin Bank (Perlu Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM2,000
  • Syarikat: Deposit minimum RM2,000

Buka Akaun Syarikat Alliance Bank (Tanpa Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM500
  • Syarikat: Deposit minimum RM500

Buka Akaun Syarikat AmBank (Tanpa Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM500
  • Syarikat: Deposit minimum RM500

Buka Akaun Syarikat Bank Islam (Tanpa Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM500 (Perlu Introducer)
  • Syarikat: Deposit minimum RM1,000 (Tanpa Introducer)

Buka Akaun Syarikat Hong Leong Bank (Tanpa Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM500 (Tanpa Introducer)
  • Syarikat: Deposit minimum RM500 (Perlu Introducer)

Buka Akaun Syarikat Public Bank (Perlu Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM3,000
  • Syarikat: Deposit minimum RM5,000

Buka Akaun Syarikat RHB Bank (Perlu Introducer)

  • Individu: Deposit minimum RM1,000
  • Syarikat: Deposit minimum RM1,000

 

ARTIKEL LAIN 

STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)

PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online RHB Now)