CARA BUKA DAFTAR AKAUN AMBANK (Guna Aplikasi AmOnline Tanpa Perlu Ke Kaunter)

CARA BUKA DAFTAR AKAUN AMBANK (Guna Aplikasi AmOnline Tanpa Perlu Ke Kaunter)

BUKA AKAUN AMBANK

Sekiranya anda yang ingin untuk menggunakan perkhidmatan perbankan online AmBank, seharusnya anda mempunyai akaun bank Ambank yang aktif terebih dahulu. Kini anda boleh membuka akaun anda secara online sahaja.

Bagaimana cara ingin membuka Akaun AmBank secara online melalui aplikasi AmOnline? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KELEBIHAN APLIKASI AMONLINE

Aplikasi AmOnline ini memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan samaada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran dan sebagainya. Melalui aplikasi ini juga, anda dapat membuat pembukaan akaun bank secara online tanpa lagi perlu ke kauter AmBank.

 

JENIS AKAUN AMBANK

Berikut adalah merupakan beberapa jenis akaun AmBank yang tersedia:

  • Basic Savings Account-i (with fee)
  • Basic Savings Account-i (non-fee)
  • Savers G.A.N.G Account-i
  • True Savers Account-i
  • Family First Special Savings Account-i
  • eFlex Savings Account-i
  • AmWafeeq Savings Account-i

 

CARA BUKA DAFTAR AKAUN AMBANK GUNA AMONLINE

Sekiranya anda ingin membuka akaun AmBank anda boleh membuka akuan secara online seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi AmOnline di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan tekan Let’s get started
  3. Seterusnya klik Akaun Simpanan atau Akaun Semasa
  4. Seterusnya anda dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah mengenai gaya hidup yang dipaparkan dan klik Continue
  5. Pilih salah satu akaun yang paling sesuai anda
  6. Lengkapkan maklumat peribadi anda dengan tepat dan klik Agree & Continue (ruangan bahagian referral code boleh kosong)
  7. Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS, klik Confirm
  8. Anda dikehendaki untuk imbas MyKad anda dengan mengambil gambar kedua-dua bahagian
  9. Kemudian tangkap gambar swafoto untuk dibuat pengesahan
  10. Isikan dengan lengkapkan maklumat butiran pekerjaan anda
  11. Seterusnya semak semua maklumat anda, pastikan tepat dan klik Agree & Continue
  12. Anda dikehendaki untuk membuat pemindahan wang minimum RM20 menerusi FPX ke dalam akaun AmBank baharu anda bagi mengesahkannya
  13. Seterusnya masukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password), klik Continue
  14. Selasai, akaun anda telah berjaya dibuka

Nota: Kad debit akan dihantar ke alamat surat menyurat dalam masa 5 – 7 hari bekerja selepas akaun berjaya dibuka melalui AmOnline.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) AMBANK

Adakah yang mesti saya lakukan sekiranya berlaku perubahan pada maklumat untuk menghubungi saya?

  • Penting bagi Anda untuk memaklumkan sebarang perubahan dalam butiran peribadi bagi memastikan semua surat menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya. Maklumkan kepada Ambank mengenai sebarang perubahan maklumat Anda.

Adakah sebarang had urusniaga yang ditetapkan?

  • Setiap urusniaga runcit dihadkan sehingga RM2,000 dan maksimum kepada 6 kali sehari, bergantung kepada baki yang ada pada Kad Anda iaitu RM10,000 atau yang mana lebih rendah.

Adakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan Kad?

  • Laporan kehilangan Kad serta-merta kepada Ambank di +603-2178-8888. Mohon untuk kad penggantian dan baki akan dipindahkan ke Kad yang baru.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan pembukaan AkaunAm Bank secara online, anda boleh layari Web Rasmi AmBank di pautan https://www.ambankgroup.com

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

Leave a Comment