PERMOHONAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA (BMTKM)

PERMOHONAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA (BMTKM)

BMTKM

BMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025. Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, disini kami akan kongsikan caranya.

 

APA ITU PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) adalah merujuk kepada program pembasmian kemiskinan tegar yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai pihak. Matlamat utama BMTKM adalah bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang holistik.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA

Kriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih dan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar;
  • Berumur di antara 15 – 60 tahun ke atas; dan
  • Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

 

SENARAI BANTUAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN TEGAR KELUARGA MALAYSIA

Secara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Penjanaan pendapatan
    • Bantuan/Insentif pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, perkhidmatan.
  2. Peningkatan kapasiti/modal insan
    • Pembangunan Modal Insan dan Minda; dan
    • Latihan Kemahiran dan TVET.
  3. Pembangunan Keusahawanan
    • Latihan dan bimbingan keusahawanan;
    • Bantuan modal permulaan perniagaan;
    • Bantuan peralatan dan mesin;
    • Pembungkusan, pelabelan dan pensijilan.
    • Bantuan peralatan dan mesin;
  4. Peluang pekerjaan
    • Penyediaan pekerjaan.
  5. Pemasaran
    • Pembangunan pusat pengumpulan produk;
    • Pemasaran; dan
    • Pendigitalan

 

TEMPOH PELAKSANAAN BMTKM

Pelaksanaan ini akan dilakukan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025.

 

CARA PENYERTAAN BMTKM

Sekiranya anda ingin menyertai program ini, berikuta dalah merupakan caranya:

  • Mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih;Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih;
  • Mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong sebagai miskin tegar sahaja yang akan terlibat sebagai peserta BMTKM; dan
  • Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BMTKM

Apakah pendekatan baharu programini dalam menangani kemiskinan tegar di Malaysia?

  • pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach);
  • pendekatan dari bawah ke atas (local problem, local solution); dan
  • penyelesaian kemiskinan secara bersasar dan bukannya bersifat one size fits all.

Apakah yang boleh peserta jangkakan selepas tempoh pelaksanaan program ini?

  • Program ini akan memperkenalkan dasar pemisah (exit policy) kumpulan sasar selepas tempoh dua hingga tiga tahun pelaksanaan dan pemantauan. Dasar pemisah ini adalah bagi memastikan kemampanan program yang telah dilaksanakan bagi peserta BMTKM mampu mengangkat dan mengekalkan mereka di luar kepompong kemiskinan tegar. Sehubungan itu, penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan program ini yang antaranya mencakupi skop keusahawanan sosial, pengukuhan pembangunan kapasiti dan keupayaan serta pembangunan minda adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan dasar pemisah ini.

Apakah perbezaan di antara BMTKM dan program berkaitan kemiskinan sedia ada?

  • Program ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara serta menjadi pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan dalam kalangan B40. Program sedia ada berkaitan kemiskinan yang diselaraskan oleh Kementerian dan agensi pelaksana lain akan diteruskan.

 

ARTIKEL LAIN

LOKASI JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (JMKM) SISWA

 

Leave a Comment