STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)

STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)

STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)

Untuk pengetahuan semua, Maybank2u versi lama sudah tidak digunakan lagi dan digantikan dengan versi yang terbaru. Versi yang terbaru ini lebih mudah, ringkas dan cepat untuk diakses berbanding versi yang lama. Jadi, kami akan kongsikan cara print bank statement Maybank menggunakan antaramuka yang baru.

Pastikan anda sudah daftar online banking Maybank2u terlebih dahulu. Selepas itu, boleh rujuk panduan seperti di bawah.

 

STATEMENT MAYBANK: CARA CETAK PENYATA ONLINE

 

Berikut ialah cara mencetak penyata bank anda menggunakan Maybank2u.

  1. Anda perlu membuka laman web Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my
  2. Login Maybank2u dengan menggunakan username dan password seperti biasa.
  3. Seterusnya halaman Accounts akan muncul secara automatik.
  4. Jika tidak, anda hanya perlu klik pada butang Accounts.
  5. Pada halaman tersebut, terdapat beberapa jenis akaun seperti:
    • Savings Account
    • Current Account
    • Investment Account
  6. Jika anda hanya mempunyai satu atau dua jenis akaun sahaja, maka hanya akaun tersebut sahaja yang akan dipaparkan pada skrin. Anda perlu memilih jenis akaun yang berkaitan. Ini baru pilih akaun bank dahulu. Belum lagi cara print bank statement Maybank. Teruskan dengan panduan seterusnya.
  7. Disebelah atas dan hujung kanan kotak akaun tersebut, terdapat tiga titik. Anda perlu klik pada tiga titik tersebut. Seterusnya terdapat beberapa pilihan seperti:
    • View Details
    • Pay Bills
    • Transfer Funds
    • View Statements
    • Make FD Placements
    • Edit Account Name
  8. Anda perlu klik pada View Statements untuk melihat penyata transaksi selama tiga bulan terkini. Namun begitu, bank tidak memaparkan penyata pada bulan semasa.
  9. Contohnya adalah anda log masuk pada bulan 10. Bank hanya memaparkan penyata pada bulan 9, 8 dan 7 sahaja. Bulan semasa iaitu bulan 10 tidak dipaparkan.
  10. Jika anda memerlukan penyata bank pada bulan semasa, anda boleh menghubungi pihak bank atau pergi ke cawangan Maybank untuk mendapatkan penyata transaksi pada bulan semasa atau pada tempoh yang lebih dari tiga bulan terkini.
  11. Seterusnya, disebelah atas dan kiri halaman penyata bank, terdapat tiga butang seperti:
    • Butang anak panah
    • Butang tambah
    • Butang tolak

Anda perlu klik pada butang anak panah untuk menyimpan penyata bank dalam bentuk dokumen PDF dan seterusnya mencetak penyata bank tersebut.

Untuk pengetahuan tambahan, butang tambah adalah untuk membesarkan tulisan pada penyata dan butang tolak adalah untuk mengecilkan tulisan pada penyata.

 

ARTIKEL LAIN

FIRST TIME LOGIN MAYBANK2U (Panduan Login Buat Kali Pertama)

3 thoughts on “STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)”

Leave a Comment