PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online  RHB Now)

PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online  RHB Now)

PENYATA AKAUN BANK RHB

Semestinya terdahulu sekiranya ingin penyata bank hendaklah pergi ke cawangan bank yang berhampiran untuk dapatkannya. Terkini untuk dapatkan penyata bank RHB anda boleh buat secara online sahaja.

Tetapi bagaimana untuk dapatkan penyata akaun bank RHB secara online? Disini kami kongsikan cara muat turun dan cetak penyata bank statement online melaui RHB Now, semoga membantu.

 

APA ITU e-STATEMENT RHB NOW

e-Statement adalah bentuk elektronik Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan / atau Penyata Akaun Perbankan Islam, di mana ia dapat dilihat secara dalam talian oleh Anda melalui RHB Now atau dihantar ke alamat e-mel peribadi Anda.

 

PENYATA AKAUN DITAWARKAN RHB NOW

Terdapat dua (2) jenis e-Penyata yang ditawarkan oleh RHB Now iaitu:

  1. Lihat Dalam Talian/View Online – Boleh dilihat secara dalam talian melalui Internet Banking RHB Now
  2. Dihantar ke E-mel – Dihantar ke peti masuk e-mel peribadi Anda setelah berjaya mendaftar. Anda kemudian dapat melihat dan mencetak e-Penyata dari terminal komputer Anda.

NOTA: e-Penyata akaun Anda tersedia untuk dilihat dan dicetak di RHB Now Internet Banking untuk tempoh tiga belas (13) bulan dari tarikh terbitan e-Penyata masing-masing.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN e-STATEMENT RHB NOW

Berikut adalah senarai akaun yang dapat melihat penyata bank RHB secara online.

  1. Akaun individu (Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Deposit Tetap, Akaun Pelbagai Mata Wang, Pinjaman, Sewa Beli)
  2. Kad Kredit Individu (Konvensional / Islam)
  3. Akaun bersama (dengan Kod Penyambung “JOR”) (Akaun Semasa / Akaun Simpanan / Deposit Tetap / Akaun Pelbagai Mata Wang). Hanya pemegang akaun utama yang dibenarkan melihat e-Penyata. Tidak dibenarkan untuk pemegang akaun sekunder
  4. Kad Kredit Bersama – Pemegang kad utama dibenarkan melihat e-Penyata

 

 

CARA MUAT TURUN PENYATA AKAUN BANK RHB ONLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan dan muat turun Penyata Bank RHB secara Online:

  1. Pastikan anda telah berdaftar dengan RHB Now. Sekiranya belum boleh rujuk panduan Daftar DISINI (mey link daftar RHB Now)
  2. Layari pautan RHB Now: https://logon.rhb.com.my
  3. Log masuk akaun anda
  4. Seterusnya pilih:
    • My Account > eStatement Management
    • Saving Account, dan klik Next.
  5. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
  6. Seterusnya klik My Accounts sekali lagi dan pilih:
    • View e-Statement
    • Savings Account.
    • Pilih penyata bulan yang ingin Anda download atau print.
  7. Buka file PDF yang telah Anda download untuk melihat penyata bank.
  8. Selesai

 

CARA DAPATKAN PENYATA AKAUN BANK RHB MELALUI EMAIL

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan Penyata Bank RHB melalui email:

  1. Log masuk RHBNow
  2. Pilih My Account > Pilih eStatement Management
  3. Pilih Akaun yang Anda mahukan
  4. Tick √ Send to Email
  5. Masukkan alamat Emel dan Nombor Telefon
  6. Tick √ Term & Condition, klik Preview
  7. Masukkan kod OTP dan Klik Submit
  8. Selesai

 

KELEBIHAN DAPATKAN PENYATA RHB SECARA ONLINE

  • Terima penyata Anda dengan lebih pantas melalui RHB Internet Banking.
  • e-Statement boleh diakses dengan satu klik butang.
  • Selamat
  • Diarkibkan dengan mudah
  • Mesra alam

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN MORATORIUM BANK RHB 2021: BORANG PERMOHONAN MORATORIUM ONLINE BANK

4 thoughts on “PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online  RHB Now)”

Leave a Comment