TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK (IBG Transfer/Interbank Giro Transfer Berapa Lama?)

TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK (IBG Transfer/Interbank Giro Transfer Berapa Lama?)

TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank?  Sekarang ini makin ramai yang menggunakan perkhidmatan pemindahan duit daripada satu bank ke bank yang lain. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia mempunyai akaun bank, dan dengan berkembang majunya perniagaan secara online, lagi banyaklah proses pemindahan wang di dalam bank berlaku.

Perasaan sangsi sama ada wang anda sudah ditransfer atau belum pastinya wujud selepas melakukan transaksi tersebut. Begitu juga dengan si penerima wang tersebut, tertanya-tanya bilakah waktunya wang akan masuk ke dalam bank mereka. Oleh itu, artikel ini akan memberikan info kepada anda berkenaan proses transaksi pemindahan wang.

Pada waktu sekarang ini terdapat pelbagai cara dalam pemindahan wang melalui bank. Pertamanya adalah pemindahan akaun sendiri kepada akaun kedua milik sendiri pada bank yang sama, akaun sendiri ke akaun pihak lain dalam bank yang sama, dan yang terakhir daripada akaun sendiri kepada akaun lain berlainan bank.

Ini adalah samaada dari akaun sendiri ke akaun kedua juga milik sendiri, akaun sendiri ke akaun pihak ketiga yang sama bank, ataupun dari akaun sendiri ke akaun orang lain yang berlainan bank, secara Instant Transfer (pindahan segera), ataupun secara Interbank GIRO.

 

MAKSUD INTERBANK GIRO TRANSFER

Interbank GIRO ialah sistem pembayaran pindahan wang/dana secara elektronik yang membenarkan pindahan wang antara dua institusi kewangan yang terdapat di Malaysia.

Pindahan IBG membenarkan pindahan wang sebegini sebagai pindahan wang yang biasa ataupun untuk sebarang pembayaran akaun pinjaman atau kad kredit.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Bank Negara.

Sedikit berbeza dengan Instant Transfer, pindahan secara Interbank GIRO ini akan mengambil masa, minimum selama beberapa jam dan mungkin lebih lama, bergantung dengan waktu dan hari anda melakukan pindahan wang anda.

Walau bagaimanapun, caj transaksi Interbank GIRO adalah lebih murah berbanding Instant Transfer. Transaksi ini boleh dilakukan di mesin ATM, di kaunter atau melalui online banking.

 

IBG TRANSFER BERAPA HARI

Apabila ada sesetengah individu yang tidak mengetahui tempoh pindahan wang ini dilakukan, mungkin ambil masa sekejap sahaja, mungkin mengambil masa yang lama, sehingga menyusahkan pihak penerima yang mungkin memerlukan wang yang diterima dengan kadar segera. Ada yang sampai membawa kepada situasi tuduh-menuduh.

IBG adalah perkhidmatan untuk memindahkan wang antara bank dengan mata wang ringgit secara realtime. Iaitu, proses pengiriman wang ke akaun bank tujuan dilakukan secara cepat.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna wang itu dihantar ke akaun bank penerima pada masa yang sama. Proses pemindahan melalui IBG mengambil masa kira-kira 1 hingga 4 jam atau lebih cepat.

Sekiranya pemindahan dilakukan pada waktu pagi, maka wang tersebut akan tiba di akaun bank tujuan pada pagi atau siang pad hari yang sama. Walau bagaimanapun, jika pemindahan dibuat pada masa sebelum operasi bank ditutup, ia akan tiba di akaun bank tujuan pada hari berikutnya.

Jadual di bawah akan diterangkan tempoh pindahan wang untuk Instant Transfer dan juga Interbank GIRO.

Transaksi Dilakukan (IBG Transfer)Wang DiterimaBayaran Balik Sekiranya Transaksi Tidak Berjaya
HariMasaHariMasaHariMasa
Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)Sebelum jam 5.00 pagiHari yang samaPada jam 11.00 PagiHari Yang samaPada jam 5.00 Petang
5.01 pagi -8.00 pagiPada jam 2.00 petangPada jam 8.20 pagi
8.01 pagi -11.00 pagiPada jam 5.00 petangPada jam 11.00 pagi
11.01 pagi -2.00 petangPada jam 8.20 petangHari Bekerja SeterusnyaPada Jam 11.00 Pagi
2.01 petang -5.00 petangPada jam 11.00 malam
Selepas 5.00 petangHari bekerja seterusnyaPada 11.00 pagiPada jam 5.00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (Hari Tidak Bekerja)Hari bekerja seterusnyaPada 11.00 pagi

Nota: Waktu sebenar wang diterima adalah bergantung kepada Institusi Kewangan / Bank penerima.

 

APA ITU INSTANT TRANSFER

Instant Transfer pula adalah pemindahan wang yang berlaku secara serta merta. Pemilihan pemindahan ini lebih dipilih orang ramai kerana prosesnya berlaku secara serta merta. Untuk pengetahuan anda, sebelum tahun 2018, terdapat caj yang dikenakan sekiranya anda memilih melakukan Instant Transfer, dan kini tiada lagi caj dikenakan dan menjadi ia pilihan lebih menarik.

 

TEMPOH TRANSFER GUNA INSTANT TRANSFER

Untuk semua bank, proses pindahan wang menggunakan Instant Transfer adalah dilakukan dengan SEGERA pada waktu anda menyelesaikan urusan transaksi anda.

Penerima wang akan menerima wang di dalam akaunnya terus pada masa itu. Tetapi, caj transaksi ini akan lebih mahal daripada transaksi secara Interbank GIRO, dan setiap bank mempunyai caj transaksi yang berbeza.

 

SOALAN LAZIM

  1. Berapa lama tempoh IBG Tranfer?
    1. Kami harap, maklumat mengenai IBG Transfer berapa hari yang diterangkan di atas adalah jelas. Jika anda baca betul-betul, sebenarnya tidak sampai sehari pun tempoh masa pindahan.
  • Sekiranya ingin tranfer duit pantas, pilihan mana yang lebih baik?
    • Pilihan yang terbaik adalah menggunakan Instans Tranfer berbanding IBG tranfer.
  • Adakah dikenakan caj jika menngunakan IBG tranfer dan Instans Tranfer?
    • YA, ada caj pemprosesan yang akan dikenakan, tetapi caj yang dikenakan bagi IBG tranfer adalah lebih murah berbanding dengan Instant Tranfer

 

ARTIKEL LAIN 

STATEMENT MAYBANK (Cara Muat Turun & Cetak Penyata Online)

PENYATA AKAUN BANK RHB ( Cara Muat Turun Secara Online RHB Now)

1 thought on “TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK (IBG Transfer/Interbank Giro Transfer Berapa Lama?)”

Leave a Comment