INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW)

INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW)

INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW) 2021

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum ni Instant Tranfer BSN hanya boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM sahaja. Untuk makluman, buat masa sekarang Online banking BSN sudah boleh menggunakan perkhidmatan Instant Tranfer melalui “duitnow”.

Di sini kami berikan panduan bagaimana menggunakan “duitnow” dalam online transaksi BSN.

 

MAKSUD DUIT NOW

DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang ingin memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang – dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) ke akaun bank mereka. Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekaligus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.

CARA DUIT NOW BERFUNGSI

DuitNow berfungsi seperti perbankan biasa, dimana pengguna akan perlu masukkan nombor telefon atau nombor MyKad pada tempat penerima, seterusnya memasukkan amaun. Seperti pembayaran biasa, pengguna akan dibawa kepada skrin seterusnya untuk mengesahkan maklumat penerima (seperti nama). Sebaik sahaja disahkan, pemindahan wang akan dilakukan seperti biasa.

DuitNow menawarkan pemindahan percuma untuk nilai bawah RM5,000.

Menurut PayNet, sekiranya sesuatu nombor telefon atau MyKad tidak dipautkan kepada sesuatu nombor akaun – maka ia akan memaparkan mesej yang mana penerima berkenaan tidak wujud, sekaligus tidak membolehkan anda membuat pemindahan wang.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN DUIT NOW

  1. Nikmati pemindahan dana segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  2. Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun.
  3. Data anda selamat dan terjamin.
  4. Percuma untuk anda.

 

CARA GUNA INSTANT TRANFER MELALUI DUITNOW MyBSN

Berikut adalah cara menggunakan duit now MyBsn

  1. Buka laman web rasmi MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Login seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password.
  3. Setelah itu, anda akan masuk ke Dashboard MyBSN, klik pada “Tranfer”
  4. Kemudian pilih “Interbank Fund Tranfer”, kemudian pilih “duitNow.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan beserta jumlah yang ingin di Tranfer seperti:
    • No akaun yang hendak di tranfer
    • Pilihan bank
    • Jumlah yang ingin ditranfer
    • Nama penerima dan Info tambah
  6. Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
  7. Status pemindahan DuitNow anda akan dipaparkan.

 

SOALAN LAZIM

  1. Apakah ID DuitNow?
    • Nombor mudah alih
    • Kad pengenalan
    • Nombor tentera atau polis
    • Nombor paspport
    • Nombor pendaftaran perniagaan
  1. Apakah maksud Interbank Giro (IBG)?
    • Interbank Giro (IBG) adalah proses transaksi ambil masa lebih lama. Biasanya dibawah tempoh 48 jam. Bank akan caj dalam 15 sen – RM4, bergantung kepada setiap bank.Jika transfer wang yang sekiranya dilakukan sebelum jam 12 tengah hari, maka kemasukan ke dalam akaun adalah pada hari yang sama. Tetapi apabila transfer dibuat selepas jam 12 tengah hari, maka kemasukan adalah pada keesokkan hari.
  1. Apakah maksud Instant Transfer(DuitNow)?
    • Instant Transfer merupakan proses transfer rekening antara bank yang dilakukan serta merta (Real Time). Duit masuk dalam akaun penerima secara langsung.

 

ARTIKEL LAIN

INSTANT TRANFER MyBSN: CARA TRANFER DUIT MENGGUNAKAN DUITNOW

KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN (CARA TUKAR/UPDATE NO TAC TERKINI)

TEMPOH TRANSFER DUIT BERLAINAN BANK (IBG Transfer/Interbank Giro Transfer Berapa Lama?)

5 thoughts on “INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW)”

Leave a Comment