DAFTAR & CARA SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN
Pernah ke anda lihat di dada akhbat tentang individu bertuah yang memenangi hadiah kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz.Ada juga yang memenangi wang tunai sebanyak sejuta ringgit. Apakah peraduan/ pelaburan yang individu tersebut sertai? Kalau anda nak tahu, itu adalah cabutan bertuah penyimpan SIJIL Simpanan Premium (SSP BSN) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional.
APA ITU SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN?
Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini
Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah SSP BSN yang dilakukan setiap bulan.
Ia berjaya mendidik masyarakat supaya lebih peka kepada kepentingan simpanan terutamanya bagi golongan berkeluarga.
DAFTAR & CARA SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN
SEMAKAN SYARAT-SYARAT UNTUK MENYIMPAN SSP
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
- Berumur 12 tahun dan ke atas
- Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum
CARA SIMPANAN BSN SSP
Terdapat banyak cara anda boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda hanya perlu memilih cara yang paling sesuai dengan gaya hidup anda!
Melalui Perbankan SMS
1. Daftar di mana-mana cawangan BSN.
2. Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.
Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
3. Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan BSN SSP.
Melalui Mesin ATM
1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
2. Pilih bahasa.
3. Masukkan nombor PIN.
4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)
1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
2. Pilih bahasa.
3. Masukkan nombor PIN.
4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
6. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)
1. Pilih bahasa.
2. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
4. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.
Melalui Perbankan Internet myBSN
1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
2. Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
3. Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.
Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)
1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.
CARA SEMAK KEPUTUSAN SSP
Ada beberapa cara yang anda boleh guna untuk buat semakan keputusan pemenang.Antaranya adalah :
1.SEMAK SSP GUNA MyBSN
- Layari portal MyBSN
- Ada dua pilihan bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia
- Pilih Bahasa Malaysia supaya lebih mudah faham
- Anda kini berada di bahagian Semak Keputusan BSN Sijil Simpanan Premium
- Terdapat dua pilihan iaitu:
- Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Semakan melalui Nombor Sijil
- Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Hantar
- Sekiranya anda adalah salah satu pemenang, keputusan akan terpapar
- Jika anda ada simpan No Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Sijil
- Masukkan Nombor Sijil dan klik Hantar
- Sekiranya anda adalah salah satu pemenang SSP, keputusan akan terpapar
2.SEMAKAN SSP DI CAWANGAN BSN
Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tidak dapat dipastikan samada anda boleh buat semakan di BSN atau tidak. Lebih baik anda hubungi pihak bank terlebih dahulu.
3.SEMAKAN SSP DI FACEBOOK BSN
Bagi kurang mahir check secara online, boleh sahaja lihat paparan pengumuman pemenang cabutan melalui Facebook BSN. Sila Like dan sentiasa ikuti perkembangan BSN di https://www.facebook.com/BSNMalaysia/
TARIKH CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM(SSP) BSN 2020
Tarikh cabutan SSP BSN untuk tahun 2020 adalah lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut. Contohnya untuk pemenang cabutan bulan April 2020, ia akan diumumkan pada bulan Mei 2020.
- Januari – 01 Februari 2020
- Februari – 07 Mac 2020
- Mac – 04 April 2020
- April – 02 Mei 2020
- Mei – 06 Jun 2020
- Jun – 04 Julai 2020
- Julai – 01 Ogos 2020
- Ogos – 05 September 2020
- September – 03 Oktober 2020
- Oktober – 07 November 2020
- November – 05 Disember 2020
- Disember – 02 Januari 2021
Walau bagaimanapun, dikhabarkan bahawa bagi Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM1 juta, cabutan akan dibuat dari Februari 2020 sehingga Disember 2020. Dikhabarkan juga bahawa bagi Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM2 juta, cabutan akan dibuat pada bulan Januari 2021, iaitu pada tahun hadapan.
KATEGORI CABUTAN SSP
Terdapat pelbagai kategori cabutan dan mempunyai syarat kelayakan tertentu, antaranya adalah :
- Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 Juta dan BSN SSP RM 2 Juta)
- Cabutan Bulanan
- Cabutan Khas Tempatan
- Cabutan Khas Generasi Z
- Cabutan Khas Kesetiaan
- Cabutan Super SSP
ARTIKEL LAIN
INSTANT TRANFER MyBSN: CARA TRANFER DUIT MENGGUNAKAN DUITNOW
KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN (CARA TUKAR/UPDATE NO TAC TERKINI)
sijil simpanan premium tatrikh 22 nov 2000
boleh dapat divident ke tidak ada maklumat
dan boleh bantu saya
Saya nak kemaskini nombor telefon baru
Saya hendak kemaskini nombor telefon
Saya nak kemaskini nombor telefon
NO LAMA=01131225841
NO BARU=0176480803
Saya nak kemaskini nombor telefon baru
Macam mana nak check sijil ssp bsn
Sijil Simpanan Premium dated 3 November 2010..Can I know how much dividend up to date and how and where can check.. Please help.
Macamana nak semak no sijil ssp saya
Spp ni ada dividen ke?