CARA DAFTAR & TRANSFER DUIT ONLINE MAYBANK CIMB (Guna DuitNow)

 CARA DAFTAR & TRANSFER DUIT ONLINE MAYBANK CIMB (Guna DuitNow)

DUITNOW

Bagaimana caranya mahu transfer duit kepada rakan dengan mudah dan selamat? Anda mengalami masalah ketika mahu menghantar wang ke rakan anda tapi tidak tahu nombor akaun dan bank mana?Kini semua masalah itu anda tidak perlu fikirkan lagi lagi dengan duitnow. Hanya dengan mengetahui nombor telefon penerima, anda boleh membuat penghantaran terus wang kepadanya akaunnya. Disini kami akan kongsikan CARA GUNA DuitNow Maybank dan CIMB Bank.

 

APA ITU DUITNOW

Duit Now ialah perkhidmatan mudah dan selamat yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit penerima. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia yang menyokong kaedah ini.

 

CARA MENGGUNAKAN DUIT NOW

Sebagai makluman kepada anda, terdapat dua proses yang terlibat dalam penggunaan Duit Now iaitu :

  • Pendaftaran Duit Now
  • Pindahan wang melalui Duit Now.

 

 CARA DAFTAR DUITNOW

  • Anda mestilah log masuk ke akaun bank anda sendiri menggunakan username dan kata laluan yang sah yang telah anda daftarkan
  • Anda perlu pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  • Daftar ID dengan membuat pautan nombor telefon atau nombor MyKad bagi menghubungkan kepada akaun bank atau e-wallet anda

 

CARA TRANFER GUNA DUIT NOW MAYBANK2U

Berikut adalah merupakan cara transfer menggunakan kaedah Duit Now Maybank2u:

Pindahan Duit Now melalui Web Maybank2u

  1. Layarai pautan https://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik ‘Bayar dan Pindahkan’
  4. Pilih ‘Transfer To: DuitNow’
  5. Klik ‘Pemindahan Baharu’ dan pilih jenis ID Duit Now penerima
  6. Masukkan butiran ID Duit Now anda cth. Nombor ID Duit Now, jumlah, rujukan penerima.
  7. Klik ‘Transfer’
  8. Masukkan nombor TAC dan klik ‘Sahkan’

Pindahan DuitNow melalui aplikasi Maybank

  1. Buka aplikasi Maybank2 u anda
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik ‘Transfer’
  4. Pilih ‘Transfer via DuitNow’
  5. Pilih akaun pendebitan anda
  6. Ketik pada ‘Pemindahan Baharu’ dan masukkan butiran ID Duit Now anda cth. Nombor ID Duit Now dan pilih ‘Teruskan’
  7. Masukkan amaun pindahan dan rujukan penerima dan pilih ‘Teruskan’
  8. Sahkan butiran pemindahan sebelum meminta Pengesahan.
  9. Pemindahan anda berjaya, anda boleh menyimpan ID Duit Now sebagai kegemaran atau berkongsi resit pemindahan anda

 

CARA TRANFER GUNA DUIT NOW CIMB BANK

Berikut adalah merupakan cara transfer menggunakan kaedah Duit Now CIMB BANK:

  1. Layari laman web https://www.cimbclicks.com.my/clicks atau buka aplikasi CIMB Clicks anda
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada menu utama klik pada Register/Update Duit Now Id.
  4. Terdapat dua bahagian iaitu
    1. Identity number (nombor Kad Pengenalan)
    2. Phone number (nombor telefon).
  5. Terdapat tiga pilhan sama ada ingin menggunakan:
    1. Nombor akaun bank
    2. No Kad Pengenalan
    3. Nombor telefon (didaftarkan di bawah akaun CIMB Clicks)
  6. Setelah selesai langkah di atas, klik Yes pada kenyataan untuk Accepting Terms & Conditions. Klik butang Save
  7. Selanjutnya, klik link Request TAC pada ruangan Request TAC. Masukkan No Tac yang diterima melalui SMSdan kilk Confirm.
  8. Anda kini boleh mula melakukan transaksi melalui perkhidmatan Duit Now.

 

ARTIKEL LAIN

INSTANT TRANFER MyBSN (CARA TRANFER DUIT GUNA DUITNOW)

2 thoughts on “CARA DAFTAR & TRANSFER DUIT ONLINE MAYBANK CIMB (Guna DuitNow)”

Leave a Comment