CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR (Personal & Perniagaan)

CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR (Personal & Perniagaan)

KOD DUITNOW QR

Kalau dahulu untuk pembayaran semestinya kita menggunakan tunai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi terkini, anda boleh membuat pembayaran menggunan dduitnow yang lebih pantas dan selamat.  Disini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan kod duitNow QR untuk personal dan perniagaan, semoga membantu.

 

APA ITU DUITNOW QRCODE

Piawaian QR yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Boleh Dikendali (ICTF) Bank Negara Malaysia. Ini membolehkan  rakyat Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan eWallet yang mengambil bahagian dengan hanya satu kod QR.

 

BANK YANG TERLIBAT DUITNOW QR CODE

Antara bank yang terlibat menggunakan perkhidmatan ini adalah semua bank yang ada di Malaysia kecuali bank:

  • Al Rajhi bank
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • MBSB Bank
  • Kuwait Finance House

 

CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR

Untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow QR ini, pastikan anda install aplikasi perbankan anda di telefon. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kod duiutNow QR bagi Bank Islam:

  1. Buka Aplikasi Go by Bank Islam (Android / IOS)
  2. Log masuk akaun menggunakan Username dan Password anda ataupun Fingerprint yang telah anda tetapkan.
  3. Pada menu utama, klik pada ikon DuitNow QR
  4. Masukkan Password online banking anda
  5. Sekiranya anda pengguna kali pertama dikehendaki buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik pada Contine
  6. Bahagian seterusnya anda dikehendaki untuk mengisi:
    • Preferred Funding Account – pilih akaun anda inginkan
    • Preferred Purchase Daily Limit – had limit perbelanjaan harian
    • Preferred Cumulative Limit
  7. Setelah lengkap Tick pada Terma dan Syarat, klik confirm
  8. Masukkan No IAC yang diterima melalui SMS klik done. Pendaftaran anda selesai
  9. Kemudian untuk dapatkan Kod DuitNow QR, anda klik pada Let’s DuitNow QR
  10. Klik pada Allow bagi Picture dan Record
  11. Kemudian klik pada ahagian Receive.
  12. Satu QR kod akan terpapar, anda boleh share kan QR tersebut atau print untuk memudahkan pembayaran dilakukan terus ke akaun anda
  13. Selesai

NOTA: bagi bank-bank yang lain, langkahnya adalah lebih kurang sama, tetapi yang pastinya anda seharusnya install terlebih dahulu aplikasi Bank anda.

 

CARA TRANFER DUIT DENGAN DUITNOW QR

  1. Buka aplikasi Perbankan Mudah Alih atau eWallet pilihan anda.
  2. Imbas QR DuitNow penghantar.
  3. Sahkan butiran pembayaran dan bayar.
  4. Terima pengesahan pembayaran.

 

CARA BAYAR DENGAN DUITNOWQR

  1. Buka aplikasi Perbankan Mudah Alih atau eWallet pilihan anda.
  2. Imbas QR DuitNow pedagang.
  3. Sahkan butiran pembayaran dan bayar.
  4. Terima pengesahan pembayaran.

 

CARA DAPATKAN KOD QR DUITNOW CIMB BANK

Sekiranya anda pelanggan CIMB Bank dan ingin mendapatkan  kod QR akaun bank anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi CIMB Clicks di telefon anda dengan menggunakan akaun anda
  2. Pada laman utama, klik pada DuitNow Qr dan seterusnya klik Get Started dan lengkapkan saja proses log masuk ke akaun CIMB Clicks anda seperti baisa
  3. Pada bahagian ini, anda perlu tetapkan akaun bayaran dan dan akaun penerimaan untuk DuitNow Qr ini. anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang tertera seterusnya klik Proceed
  4. Masukkan Posscode 6 Digit yang diterima secara SMS. Kemudian anda perlu tetapkan had transaksi bayaran melalui kod Qr DuitNow ini, setelah selesai klik pada Proceed
  5. Sahkan maklumat yang tertera dan klik Done dan seterusnya klik pada Let’s Go
  6. Seterusnya pergi ke halaman utama dan klik pada DuitNow Qr dan ikuti proses pengesahan sehingga selesai
  7. Kemudian klik pada receive untuk mencipta kod Qr DuitNow bagi menerima bayaran.
  8. Gambar QR tersebut anda boleh simpan untuk diguna bagi penerimaan bayaran seterusnya atau anda boleh share juga kepada sesiapa yang berkenaan untuk membuat bayaran kepada anda.
  9. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Kod DuitNow QR, anda boleh merujuk website rasmi DuitNow QR di pautan https://www.duitnow.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR & TRANSFER DUIT ONLINE MAYBANK CIMB (Guna DuitNow)

2 thoughts on “CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR (Personal & Perniagaan)”

Leave a Comment