PERMOHONAN BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA ONLINE 2022
Kepada Usahawan Mikro,kini Bank Simpanan Nasional (BSN)telah membuka permohonan skim pembiayaan mikro di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan BSN Micro/i Semarak Niaga. Disini kami akn kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA
Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga adalah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Bajet 2022 dengan dana berjumlah RM800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan terutama perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) kembali pulih akibat pandemik COVID-19.
SKIM PEMBIAYAAN BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA
Terdapat tujuh pilihan pembiayaan yang ditawarkan melalui skim ini iaitu:
- BSN Micro/i Semarak Mula
- Khusus kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan, graduan universiti atau vokasional yang ingin memulakan perniagaan
- BSN Micro/i Semarak PEDi
- Kepada peserta yang berdaftar dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan terutama bagi mereka di kawasan luar bandar
- BSN Micro/i Semarak Tani
- Kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraftangan dan berasaskan pertanian, pasar malam atau pasar tani.
- BSN Micro/i Semarak Sukan
- Perusahaan mikro yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan
- BSN Micro/i Semarak Nita
- Perusahaan mikro dimiliki oleh usahawan wanita yang berkecimpung dalam bidang perniagaan
- BSN Micro/i Semarak Belia
- Perusahaan mikro yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah
- BSN Micro/i Semarak
- Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang layak dalam semua sektor perniagaan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan dokumen diperlukan semasa membuat permohonan skim ini:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
- Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
- Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
- Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan (untuk Semarak PEDi).
- Pelan perniagaan (untuk Semarak PEDi).
- Penyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan (untuk Semarak Mula).
- Sijil akademik bagi graduan universiti dan/atau vokasional (untuk Semarak Mula).
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
CARA PERMOHONAN BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA
Kepada usahawan mikro yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web iaitu https://www.bsncheckin.com.my/MF/
- Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Continue.’
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit Application’ untuk membuat penghantaran permohonan.
Selain itu permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai BSN Micro/i SemarakNiaga ini, anda boleh layari laman web BSN di pautan https://www.bsn.com.my/
ARTIKEL LAIN
CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR (Personal & Perniagaan)
1 thought on “PERMOHONAN BSN MICRO/i SEMARAKNIAGA ONLINE 2022”