UNIFI PLAYTV LOGIN (Cara Register Semak Harga Package & Cara Langgan)
Terkini Unifi telah memperkenalkan satu aplikasi terbaru yang dikenali Unifi PlayTv bagi memudahkan pelanggannya menonton siaran dimana-mana sahaja dengan menggunakan telefon. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan pakej yang ditawarkan, semoga membantu.
APA ITU UNIFI PLAYTV
unifi playTV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV Everywhere) ialah perkhidmatan penstriman OTT (Over-The-Top) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menawarkan kandungan bertaraf dunia daripada berita langsung, sukan, rancangan TV yang memenangi anugerah, filem, dokumentari , rancangan kanak-kanak dan banyak lagi.
Dengan unifi playTV, anda boleh menikmati kebebasan memilih dan memilih rancangan kegemaran anda dan filem blockbuster melalui saluran TV linear dan/atau atas permintaan melalui berbilang peranti pintar. Ada sesuatu untuk semua orang di unifi playTV!
KELEBIHAN UNIFI PLAYTV
Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri apliaksi ini
- Saluran TV langsung – daripada berita dan sukan secara langsung, drama tempatan dan rancangan Korea, kami ada semuanya!
- Video atas Permintaan (VOD) – filem blockbuster terkini dan kegemaran sepanjang masa
- Senarai kegemaran – pergi terus ke saluran pilihan anda
- Senarai Peringatan – jangan sekali-kali terlepas program kegemaran anda
- Ciri keselamatan – supaya anda mempunyai ketenangan fikiran pada anak-anak anda
- Pembayaran – bayar untuk apa yang anda inginkan melalui pelbagai mod pembayaran
- Pengebilan – jejaki bil dan sejarah pembayaran anda
CARA DAFTAR UNIFI PLAYTV
Berikut adalah merupakan cara mendaftar bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Muat turun dan install aplikasi Unifi Play Tv (Google play store / Apple Store)
- Buka aplikasi tersebut dan klik pada Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Masukkan kod pengaktifan yang diterima melalui melalui e-mel & SMS
- Selesai, anda kini boleh log masuk untuk menikmati aplikasi unifi play TV
Untuk pelanggan unifi atau jalur lebar (melebihi 4M):
- Daftar untuk akses – Hubungi 100 untuk pelanggan unifi & jalur lebar.
- Anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel & SMS dalam masa 24 jam
- Log masuk aplikasi unifi play TV menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan
HARGA PAKEJ UNIFI PLAYTV
Berikut adalah merupakan harga pakej yang tersedia pada masa kini iaitu:
PEK ULTIMATE | PEK ANEKA PLUS | PEK RUBY PLUS | PEK VARNAM PLUS |
|
|
|
|
RM60/bulan | RM30/bulan | RM30/bulan | RM30/bulan |
CARA LANGGAN UNIFI PLAY TV
Sekiranya anda ingin melanggan pelan yang tersedia, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi tersebut dan log masuk akaun anda
- Pada halaman untama klik pada Live Tv
- Pilih plan yang anda inginkan
- Seterusnya pilih kaedah pembayaran untuk meneruskan dan ikuti sehingga berjaya
- Selesai, anda boleh mula menonton rancangan kegemaran anda.
PROMOSI TERKINI UNIFI PLAYTV
- Unifi berkata, pelanggan mereka boleh menikmati tontonan percuma semua 72 saluran Unifi TV, nikmati diskaun sehingga 50% untuk filem-filem pay-per-view Unifi TV dan percubaan percuma aplikasi penstriman Unifi TV dari 1 Disember hingga 1 Januari 2023.
- Selain itu, pelanggan Unifi sedia ada juga ditawarkan untuk melanggan Unifi TV Ultimate Pack yang merangkumi lima aplikasi penstriman dan kesemua 72 saluran premium hanya pada harga RM60 sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Ubtuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Unifi PlayTv, anda boleh merujuk pada saluran berikut:
- Website: https://unifi.com.my/tv
- e-mel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
TM HOTLINE NUMBER(Cara Hubungi Telekom Buat Aduan Kerosakan)
saya berstatus pemaustautin tetap sabah dan tiada permit masuk.adakah saya layak untuk permohonan MINHAH COVID 19
Boleh