PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2022 (Elaun RM1,200/bulan)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi pembimbing atau mentor bagi Program JUMPER PUNB. Kepada calon berminat dan yang sesuai untuk menjadi mentor bagi melaksanakan program ini boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PROGRAM JUMPER PUNB
Program ini adalah satu program yang diwujudkan bagi menyediakan platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.
Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih. Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
- Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
- Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
- Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.
KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI
Berikut adalah merupakan kelebihan yang diperolehi melalui program ini:
- Elaun bulsnsn sara diri sebanyak RM1,200 disediakan
- Memperlajari ilmu perniagaan dan Mentor yang berpengalaman
- Pemantauan dan konsultansi perniagaan disedakan sepanjang program
- Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak
- Pembiayaan patuh syariah
TARIKH PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB
- Tarikh akhir permohonan bagi tahun 2022 akan dikemaskini
PROSES PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB
Berikut adalah proses permohonan program ini:
- Peserta mendaftar dan disaring.
- Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.
- Proses penempatan & kelulusan.
- Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.
- Peserta lapor diri & latihan bermula.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen diperlukan semasa ingin membuat permohonan:
- Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
- Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
CARA PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB
Berikut adalah merupakan cara permohonan:
- Layari pautan: https://www.punbbiz.com.my/jumper
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Dokumen yang dimuat naik perlu dalam format PDF/ DOC/ DOCX/PNG/ JPG/ JPEG/ GIF dan saiz tidak melebihi 16 MB.
- Setelah selesai, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.
- Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke [email protected]
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Untuk membuat semakan status anda boleh dibuat melalui pautan ini : https://jumper.punbbiz.com.my/login
SENARAI MENTOR BAGI PROGRAM JUMPER PUNB
Mentor tersiri daripada usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB. Anda boleh merujuk senarai Mentor di pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai program Jumper PUNB ini, sila layari https://www.punbbiz.com.my/jumper
ARTIKRL LAIN
CARA DAPATKAN KOD DUITNOW QR (Personal & Perniagaan)