e-MOHON PUNB PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN ONLINE
Kepada usahawan PKS yang ingin membuat pembiayaan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), kini PUNB telah memperkenalkan sistem e-mohon. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan pembiayaan melalui e-mohon, semoga membantu.
APA ITU SISTEM e-MOHON PUNB
Sistem e-mohon PUNB membolehkan usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan. Sistem ini dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.
SEKTOR PEMBIAYAAN PUNB
Pembiayaan dan perkhidmatan PUNB terbuka kepada semua usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terlibat dalam sektor:
- Peruncitan
- Perdagangan dan pengedaran
- Pembuatan
- Perkhidmatan di pelbagai sektor kecuali sektor pertanian, perikanan dan perladangan.
JENIS PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB
Berikut adalah merupakan jenis pembiayaan yang diatwarkan oleh PUNB:
PERMOHONAN e-MOHON PUNB ONLINE
Kepada usahawan yang ingin membuat permohonan secara online melalui e-mohon, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan https://e-mohon.punb.com.my/login
- Sekiranya anda pengguna baharu klik pada Register Now
- Masukkan maklumat yang diperlukan:
- Entrepreneur Name / Nama Usahawan
- Entrepreneur NRIC / Usahawan NRIC
- Email / E-mel
- Setelah lengkap klik next.
- Isi makumat diri dengan lengkap dan klik butang ‘Hantar.’
- Setelah selesai mendaftar, Log masuk kembali akaun anda
- Muat naik dokumen dan maklumat perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.
- Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.
PROSES PERMOHONAN PEMBIAYAAN PUNB
Berikut adalah merupakan proses permohonan:
- Taklimat pembiayaan Perniagaan
- Usahawan digalakkan untuk mengahadiri taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB (berjadual) secara atas talian
- Mohon Pembiayaan Perniagaan
- Buat permohonan melalui sistem e-Mohon PUNB
- Penilaian awal
- Pegawai PUNB akan berbincang dengan anda merangkumi aspek produk, pasaran, pengurusan, operasi dan kewangan
- Pembentangan cadangan perniagaan
- Pegawai PUNB akan membentangkan cadangan perniagaan kepada jawatan kuasa pelaburan
- Kelulusan Pembiayaan
- Sekiranya mendapat kelulusan pembiayaan daripada ajwatankuasa pelaburan, pegawai PUNB akan hubungi anda bagi proses tandatangan dan penyerahan surat tawaran pembiayaan perniagaan
- Pengeluaran dana & pelaksanaan
- PUNB akan mengeluarkan pembiayaan kepada perniagaan untuk digunakan bagi tujuan yang telah dipersetujui. PUNB akan memantau pelaksanaan pembiayaan perniagaan tersebut supaya mencapai sasaran perniagaan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan melalui e-Mohon PUNB online, sila layari website rasmi PUNB di pautan https://www.punb.com.my/ms/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2022 (Elaun RM1,200/bulan)