PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN DI INSTITUSI PERTANIAN SESI 2022/2024

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN DI INSTITUSI PERTANIAN SESI 2022/2024

PROGRAM SIJIL PERTANIAN

Kepada golongan belia lepasan SPM/STPM yang yang berminat sambung pembelajaran dalam bidang pertanian, boleh membuat permohonan program Sijil Pertanian di Institut Pertanian Malaysia bagi sesi 2022/2024. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai program ini dan juga cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mendahului dalam menjalankan pendidikan dan latihan pertanian peringkat sijil kepada belia dan beliawanis secara holistik mulai tahun 50an. Nisbah pengajaran dan pembelajaran kurikulum Sijil Pertanian adalah 70% kemahiran dan 30% teori.

 

KELEBIHAN INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan kelebihan yang akan diperolehi terhadap peserta program:

  • Berpengetahuan saintifik serta berkemahiran pertanian dan keusahawanan.
  • Berkebolehan untuk mengenalpasti idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian.
  • Berkemahiran interpersonal dan komunikasi dengan berkesan
  • Mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap masyarakat, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

 

SYARAT KELAYAKAN SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program ini:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun hingga 25 tahun
  3. Berkelulusan SPM atau SPMV / setaraf
  4. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan)
  5. Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  6. Kepujian pada salah satu matapelajaran yang di tetapkan
  7. Belum berkahwin

 

TARIKH PERMOHONAN SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Permohonan program ini bagi Sesi 2022/2024 telah dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022

 

TEMPOH PENGAJIAN SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Tempoh pengajian bagi program ini adalah seperti berikut:

  • 2 tahun (4 semester) dengan bebanan pengajaran dan pembelajaran 63 jam kredit.

 

LOKASI PROGRAM PENGAJIAN SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan lokasi pengajian program ini:

  1. Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang;
  2. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak;
  3. Institut Pertanian Serdang, Selangor;
  4. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor;
  5. Institut Pertanian Sarawak, Semanggok; dan
  6. Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud

Nota : Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan bagi yang berminat dan berkelayakan:

  1. Layari pautan permohonan: http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tekan Hantar
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Hantarkan permohonan anda
  5. Bagi kakitangan kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :
    • Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian, Aras 13, No.30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. (u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

NOTA: Semakan panggilan temuduga dan tawaran kemasukan ke IPSM adalah secara online. Tiada sebarang surat menyurat akan dihantar kepada pemohon.

 

TAKWIM PENGAMBILAN PELAJAR SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Berikut adalah merupakan takwin bagi pengambilan pelajar baru IPSM :

  • Permohonan ke IPSM boleh dibuat mulai 1 – 30 jun 2022
  • Semakan panggilan temuduga IPSM boleh dibuat mulai 11 julai 2022
  • Sesi temuduga IPSM pada 25 – 29 julai 2022
  • Semakan keputusan temuduga boleh dibuat mulai 15 ogos 2022
  • Pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke IPSM boleh dibuat mulai 15 ogos 2022
  • Kemasukan ke IPSM adalah pada 25 september 2022 (Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH), Johor) dan 26 september 2022 (Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG), Perak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia, sila layari portal rasmi Jabatan Pertanian di pautan http://www.doa.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022

2 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN DI INSTITUSI PERTANIAN SESI 2022/2024”

Leave a Comment