PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022

AGRO-YES

Ushawan muda atau agropreneur muda yang ingin mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan bidang pertanian, Agrobank Malaysia kini memperkenalkan satu skim bagi membantu agropreneur di Malaysia iaitu Skim Pembiayaan Agropreneur Muda atau Agro-Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES).

Untuk makluman, Agrobank adalah institusi perbankan yang ditubuhkan pada tahun 1969 yang fokus utama adalah kepada pembangunan industri pertanian berpandukan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

 

APA ITU AGRO-YES

Agro-Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES) adalah merupakan salah satu produk Agrobank bagi membantu agropreneur muda mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan dan mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

Antara matlamat pelaksanaan AGRO-YES seperti yang ditetapkan adalah untuk:

  1. Menarik minat golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai salah satu bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

 

SYARAT KELAYAKAN AGRO-YES

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan AGRO-YES adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan individu warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
  3. Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
  4. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
    • Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian, sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM
    • Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM.
  5. Pemohon perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
  6. Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
  7. Pembiayaan bagi projek baru adalah tidak dibenarkan di bawah program ini.
  8. Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.

 

SKOP PEMBIAYAAN AGRO-YES

Skop pembiayaan yang layak untuk memohon pembiayaan ini adalah:

  • Tanaman
  • Perikanan
  • Ternakan
  • Industri Asas Tani
  • Pemasaran
  • Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  • Agropelancongan

 

KADAR PEMBIAYAAN AGRO-YES

Menerusi pembiayaan ini, agropreneur muda yang layak akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank adalah hingga RM500,000.

 

TEMPOH BAYARAN BALIK AGRO-YES

Pembiayaan balik yang ditetapkan kepada pemohon adalah selama 7 tahun atau 84 bulan dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun.

 

CARA PERMOHONAN AGRO-YES

  • Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan ini, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat.

 

MAKLUMAT  LANJUT

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembiayaan AGRO-YES, sila hubungi:

 

ARTIKEL LAIN 

Tarikh Bayaran Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023

4 thoughts on “PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022”

Leave a Comment