CARA BAYAR ISI MINYAK GUNA RFID FUELLING DI SHELL

CARA BAYAR ISI MINYAK GUNA RFID FUELLING DI SHELL

BAYAR ISI MINYAK RFID

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Terkini anda juga boleh mengguna Tag RFID ini untuk pembayaran semasa mengisi minyak iaitu dengan mengaktifkan fungsi RFID Fuelling dalam aplikasi Tounch n Go eWallet. Disini kami kongsikan cara bayar menggunakan RFID Fuelling di Shell, semoga membantu

 

APA ITU RFID FUELLING

RFID Fuelling merupakan alternatif pembayaran lain yang ditawarkan oleh pihak stesen minyak selain daripada pembayaran menggunakan wang tunai, kad debit dan juga kad kredit.

Menerusi RFID Fuelling juga, anda boleh melakukan transaksi secara tanpa tunai yang mana jumlah pembayaran akan untuk mengisi minyak akan ditolak secara automatik daripada Touch ‘n Go eWallet.

RFID Fuelling atau isian minyak menggunakan RFID telah diperkenalkan sejak pertengahan 2021 yang lalu yang mana sebelum ini ianya terhad untuk ujian lokasi Shell terpilih sahaja

 

LOKASI SHELL RFID FUELLING

Sistem pembayaran menggunakan RFID ini sudah sedia untuk digunakan oleh semua pengguna TNG RFID di lima lokasi di sekitar Lembah Klang iaitu:

  • Shell Taman Connaught
  • Shell NKVE Damansara
  • Shell Taman Tun Dr Ismail
  • Shell Bandar Sri Menjalara
  • Shell Mint Hotel

 

CARA BAYAR ISI MINYAK GUNA RFID FUELLING

Berikut adalah merupakan cara menggunakan RFID Fuelling sewaktu mengisi minyak di lokasi Shell terpilih:

  1. Pastikan anda Muat-turun aplikasi Touch n Go eWallet di App Store atau Play Store.
  2. Log masuk aplikasi Touch n Go eWallet anda
  3. Pada menu utama, aktifkan ciri RFID Fuelling dengan hanya klik ikon Shell > Activate Fuelling.
  4. Tetapkan amaun pengisian yang anda inginkan dan masukkan nombor kad BonusLink untuk jana mata ganjaran.
  5. Amaun pengisian yang ditetapkan adalah amaun yang akan ditolak setiap kali anda melakukan pengisian di stesen minyak.
  6. Selepas selesai menetapkan maklumat yang diperlukan, anda boleh kunjungi ke stesen minyak Shell terpilih untuk melakukan pengisian.
  7. Pastikan anda parkir di ruang isi minyak dengan betul bagi memudahkan sensor pembaca RFID mengenalpasti kenderaan anda.

NOTA: Anda perlu mengaktifkan RFID Fuelling bagi setiap kereta yang disenaraikan di bawah TNG RFID yang sama sebelum mula melakukan isian minyak. Ia bagi memudahkan pam yang tersedia mengesan kenderaan yang boleh menggunakan ciri ini.

 

CARA NYAHAKTIF FUNGSI RFID FUELLING

Sekiranya anda tidak lagi ingin menggunakan kaedah pembayaran ini, anda boleh menghentikan penggunaan ciri RFID Fuelling dengan memilih untuk Stop Using pada setiap kereta yang aktif.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER BONUSLINK (Semak Bonus Online)

1 thought on “CARA BAYAR ISI MINYAK GUNA RFID FUELLING DI SHELL”

Leave a Comment