SHELL ASIA(Pendaftaran Link Bonuslink ShellPay E-Baucar)

SHELL ASIA(Pendaftaran Link Bonuslink ShellPay E-Baucar)

SHELL ASIA

Semestinya pada kebiasaannya ketika mengisi minyak kenderaan, kita perlu beratur untuk membayar di kaunter kan. Kini di Shell kita tidak perlu lagi membuat pembayaran di kaunter, hanya mmenggunakan Aplikasi Shell Asia untuk membuat pembayaran online. Bagaimana cara untuk daftar dan guna? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SHELL ASIA

Shell Asia adalah sebuah apliaksi yang dibangunkan oleh Shell yang merupakan sistem pembayaran mudah alih yang membolehkan anda membeli petrol di stesen Shell terpilih. Ia merupakan teknologi pembayaran yang lancar sehingga anda tidak perlu beratur di kaunter lagi. Anda hanya perlu membuat pembayaran petrol anda dari dalam kenderaan anda sahaja.

 

MUAT TURUN APLIKASI SHELL ASIA

Bagi memudahkan urusan anda di handphone, anda perlu memuat turun  (downliad) aplikasi ini di handphone anda. Berikut adalah merupakan pautan aplikasil:

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA SHELL ASIA

Di dalam aplikasi ini, terdapat ruangan ‘Gift Catalogue’. Ia mengandungi senarai e-baucar yang boleh ditebus menggunakan mata Bonuslink. E-baucar yang telah ditebus ini, boleh digunakan di stesen Shell yang menyokong penggunaan aplikasii ini

 

CARA DAFTAR SHELL ASIA

Anda haruslah memiliki kad Bonuslink kerana ia adalah program ganjaran yang digunakan Shell. Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah cara untuk daftar:

  1. Buka aplikas Shell anda yang telah dimuat turun tadi.
  2. Klik pada Register.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan. Pastikan anda memasukkan nombor kad Bonuslink jika ada
  4. Seterusnya tekan Register.
  5. Masukkan Kod pengesahan 6 digit yang diterima melalui SMS.
  6. Pada laman seterusnya anda dikehendaki untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda.
  7. Seterusnya klik pada Create PIN, ciptakan PIN yang anda inginkan dan sahkan sekali lagi PIN anda untuk ditetapkan pada akaun anda.
  8. Anda juga boleh menggunakan fungsi fingerprint untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan. (sekiranya berminat).
  9. Akhir sekali tekan pada GET STARTED. Pendaftaran akaun anda selesai.

 

CARA GUNA SHELL ASIA

Sekiranya anda ingin membuat  pembayaran mengisi minyak,di dalam aplikasi terdapat di ruangan Shell Pay. Buat masa ini, pembayaran hanya boleh dibuat menerusi kad debit atau kad kredit. Nampaknya, aplikasi ini menggunakan platform eGHL untuk pembayaran di Malaysia. Walaubagaimanapun,  aplikasi ini masih di peringkat ujian di stesen Shell terpilih

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Shell ini, anda boleh melayari portal rasmi Shell Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment