PROGRAM YOUNITY PERNAS (Permohonan Pembiayaan Untuk Belia Mula Perniagaan Francais)

PROGRAM YOUNITY PERNAS (Permohonan Pembiayaan Untuk Belia Mula Perniagaan Francais)

PROGRAM YOUNITY PERNAS

Kepada para belia yang berminat dan ingin menceburi perniagaan francais, anda kino boleh membuat permohonan melalui ProgramYounity Pernas yang menawarkan dan menyediakan latihan dan pembiayaan pada kadar yang kompetitif kepada usahawan atau bakal usahawan francais. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan pembiayaan, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM YOUNITY PERNAS

Program ini khas kepada golongan belia bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra –francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur,padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan

Program ini terbuka kepada semua usahawan muda yang ingin terlibat dalam perniagaan permulaan atau mengembangkan perniagaan mereka melalui skim pembiayaan Francaisor, Francaisi, Pra-Francaisor, Pemberi Lesen, Pemegang Lesen dan Perniagaan dalam Transformasi (BIT).

 

KADAR PEMBIAYAAN PROGRAM YOUNITY PERNAS

Program ini menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM YOUNITY PERNAS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mengikut katagori

  1. Katagori Individu
    • 1 tahun- 40 tahun (lelaki dan wanita )
    • Peserta belia harus memiliki minimum 60% saham syarikat
  2. Katagori Syarikat
    • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
    • Francaisor / Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
    • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
    • Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
    • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
    • Perniagaan mesti Patuh Syariah
    • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS
    • Kriteria kelayakan pembiayaan Pra-Francaisi adalah seperti berikut:
    • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
    • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
    • Surat Tawaran dari Pra-Francaisor
    • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
    • Perniagaan mesti Patuh Syariah
    • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS

 

KELEBIHAN PEMBIAYAAN PROGRAM YOUNITY PERNAS

Berikut adalah merupakan kelebihan pembiayaan ini:

  • Pembiayaan Islam (Tawarruq)
  • Saiz Pembiayaan Sehingga RM500,000
  • Kadar Keuntungan 3.75% setahun
  • Tempoh Pembiayaan Sehingga 7 tahun

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM YOUNITY PERNAS

Sekiranya para belia yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan permohonan: https://ifrancais.pernas.my/login
  2. Klik pada sign up sekiranya anda pengguna kali pertama
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan
    • Nama Syarikat, No. Pendaftaran, E-mel,
    • Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan.
    • Tandakan Captcha.
    • Klik butang Hantar
  4. Setelah klik butang Hantar, sistem akan memaparkan maklumat pengesahan
  5. Sistem akan menghantar pemberitahuan e-mel untuk tujuan pengesahan. Klik pautan untuk mengesahkan alamat emel.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluma lanjut menegenai Program Younity Pernas , anda boleh hubungi melalui

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK 2022 (Modal Perniagaan Sehingga RM20000)

 

2 thoughts on “PROGRAM YOUNITY PERNAS (Permohonan Pembiayaan Untuk Belia Mula Perniagaan Francais)”

Leave a Comment