PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK(Modal Perniagaan Sehingga RM20000)

PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK (Modal Perniagaan Sehingga RM20000)

TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Yayasan Perak ditubuhkan pada 12 Julai 1979 mengikut Enakmen  Yayasan Perak Bil. 2 tahun 1979 yang mana antara objektifnya penubuhannya ialah membantu negeri Perak dalam pembangunan kemajuan sosial dan ekonomi. Selaras dengan objektif tersebut, Pinjaman Tabung Usahawan ini diwujudkan bagi membantu usahawan dan usahawan muda B40 untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.Usahawan negeri Perak termasuk usahawan muda B40 yang mempunyai masalah modal memulakan dan mengembangkan perniagaan, anda kini boleh memohon Pinjaman Tabung Usahawan daripada Yayasan Perak. Dengan pinjaman ini, usahawan dapat memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang akan memberikan impak kepada kemajuan ekonomi negeri Perak. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan tabung usahawan yayasan Perak, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan. Pinjaman ini bersifat jangka masa pendek. 

 

KELEBIHAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

  • Pinjaman Tabung Usahawan ini menawarkan pinjaman yang menarik iaitu pinjaman tanpa faedah.

 

JUMLAH PINJAMAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

  • Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM20,000.

 

TEMPOH PINJAMAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.

 

KATAGORI PERNIAGAAN YANG LAYAK  PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Pernigaan yang layak memohon pinjaman ini ialah perniagaan yang dijalankan melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil barangan jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Pinjaman yang tidak layak memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:

  • Urusniaga ternakan, perikanan dan pertanian (untuk usahawan baru).
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
  • Perniagaan barang lusuh/kitar semula (mengikut pasaran semasa).
  • Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi.
  • Perniagaan bermusim .
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen UnitAmanah, agen KomisenAm termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan seumpamanya.
  • Kontraktor Pembinaan (binaan, eletrik, jalanraya, pengairan dan saliran dan lain-lain berkaitan).
  • Pengubahsuaian premis, chalet, hostel dan yang berkaitan.

 

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASANPERAK

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan oleh Yayasan Perak iaitu:

  1. Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta  menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
  3. Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.
  4. Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  5. Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
  7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

 

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Borang/Surat Permohonan (wajib).
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
  3. Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
  4. Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
  5. Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
  6. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
  7. Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
  8. Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  9. Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
  10. Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.

NOTA: Untuk makluman, salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/ MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung).

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASANPERAK

Pemohon yang ingin memohon Pinjaman Tabung Usahawan ini boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Mendapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Perak/Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)/Pejabat ADUN/Pejabat Daerah/Pejabat Penghulu/laman web Yayasan Perak.
  2. Untuk melalui laman web Yayasan Perak, sila layari pautan berikut http://yayasanperak.gov.my/v5/muat-turun/.
  3. Klik bahagian ‘Muat Turun’ di Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak.
  4. Muat turun borang permohonan tersebut.
  5. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  6. Sediakan dokumen yang perlu disediakan.
  7. Sila hantar borang permohonan dan dokumen yang disediakan kepada Yayasan Perak di alamat:
    • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
      Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
      No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
      30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Perak ditalian 05-255 2929 atau berkunjung ke pejabat Yayasan Perak.

 

ARTIKEL LAIN

PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN: CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN B40

1 thought on “PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK(Modal Perniagaan Sehingga RM20000)”

Leave a Comment