PERMOHONAN RELA ONLINE 2023(Cara Daftar MyRELA & Semak Keahlian)
Sekiranya anda berminat berminat menjadi Ahli RELA, kini anda boleh membuat permohonan secara online. Dengan jadi ahli RELA, anda akan diberikan kemudahan-kemudahan seperti kami kongsikan dibawah ini. Juga kami kongsi syarat permohonan, cara permohonan dan cara membuat semakan status permohonan.
PERMOHONAN RELA ONLINE
Berikut kami kongsikan panduan permohonan untuk menjadi anggota RELA di Malaysia meliputi syarat permohonan, aplikasi permohonan dan semakan status.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat am permohonan menjadi ahli RELA:
- Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA.
- Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.
PERMOHONAN RELA SECARA ONLINE DI MyRELA
- Layari sistem permohonan online RELA di url https://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/permohonan_online
- Selepas itu paparan system MyRela akan dipaparkan. Sila klik pada menu permohonan online untuk membuat permohonan secara online.
- Sila pastikan anda mengisi maklumat yang bertanda * berwarna merah
- Selepas isi semua maklumat, klik butang Hantar
- Mesej akan dipaparkan selepas maklumat anda berjaya di hantar.
SEMAK KEAHLIAN RELA ONLINE
- Layari sistem semakan status permohonan ahli Rela di url https://myrela.moha.gov.my/myrelamobile/rela/semak
- Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang semak.
- Status permohonan anda akan dipaparkan samaada berjaya atau tidak,
FUNGSI DAN TUGAS RELA
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan,
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.
FAEDAH KEAHLIAN RELA
- Pakaian seragam operasi secara percuma.
- Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma.
- Meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan.
- Perlindungan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
- Latihan percuma di pusat-pusat latihan
- Terdapat elauan latihan dan bertugas
- Keahlian adalah percuma
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial RELA:
- Portal Rasmi RELA: http://www.rela.gov.my
- Facebook: @RELAMalaysiaOfficial
- Twitter: @relamalaysia
- YouTube: TVRELA Malaysia
ARTIKEL LAIN
SENARAI PPV WALK IN SETIAP NEGERI( DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)