PAJSK 2023(Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum)
Kepada para guru dan ibu bapa semestinya perlu mengetaui cara login PAJSK. Antara pengisian yang ada adalah ialah Pengisian dan Pengesahan Data Ujian SEGAK dan juga Pengisian dan Pengesahan Data Keahlian bagi Kelab/Persatuan, Sukan/Permainan dan Pasukan Badan Beruniform. Disini kami akan kongsikan cara login, semoga membantu.
APA ITU PAJSK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah satu sistem yang digunakan sebagai medium untuk mengisi markah aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum murid.
Guru akan menggunakan sistem ini untuk mengisi markah murid. Manakala murid dan ibu bapa boleh membuat semakan markah sendiri.
CARA LOGIN PAJSK
Berikut adalah merupakan cara login:
- Layari pautan Log masuk samada
- Ini kerana setiap pautan adalah untuk individu-individu tertentu sahaja
- Bahagian: Untuk Bahagian Pendidikan
- Jabatan Pendidikan Negeri: Untuk pegawai JPN sahaja
- Pejabat Pendidikan Daerah: Untuk pegawai PPD sahaja
- Sekolah: Untuk guru sahaja
- Semakan Markah Murid: (pautan ini dinyah-aktifkan)
- Jadi, jika anda adalah seorang guru kelas, klik Sekolah
- Masukkan ID Kod Sekolah
- Masukkan Kata Laluan
- Bagi guru yang pertama kali mengisi, guru perlulah mendapatkan ID Kod Sekolah dan Kata Laluan daripada Guru Penolong Kanan (Kokurikulum).
- Tekan butang Masuk
- Selesai anda kini sudah berjaya masuk.
CARA PENGISISAN MARKAH MURID DALAM PAJSK
Kepada guru yang ingin mengisi markah, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk PAJSK
- Maklumat berkenaan sekolah akan dipaparkan. Kemudian, guru perlulah memilih untuk mengemas kinikan maklumat yang ingin di isi.
- Bagi pengisian aktiviti dan rekod SEGAK murid, data dan maklumat adalah mengikut penilaian awal yang telah dilakukan iaitu semasa sesi persekolahan.
- Maklumat-maklumat tersebut akan diisi ke dalam rekod data murid dan secara automatik pengiraan markah individu murid akan dipampangkan.
- Bagi pengisian data Senarai Aktiviti, sekiranya maklumat tiada dalam pilihan, guru boleh menambah sedia maklumat dengan mengklik butang pensel pada paparan tersebut.
- Klik pada butang KELAS dan TAHUN yang ingin dikemaskinikan, dan seterusnya klik butang CARI untuk dipaparkan mengenai maklumat murid pada kelas yang dipilih.
- Setelah semua data diisi dan dilengkapkan, guru akan beralih kepada penyediaan laporan atau pengesahan markah murid.
- Berkenaan maklumat data murid, markah penuh setiap murid akan terpampang secara automatik setelah semua maklumat diisi lengkap oleh guru.
- Rekod pengesahan data dan maklumat murid akan menunjukkan Jumlah Murid Lengkap, Tidak Lengkap dan Tidak Berdaftar dalam PAJSK online:
- Jumlah Murid Lengkap – Murid yang telah lengkap diisi KETIGA-TIGA komponen. (Aktiviti,SEGAK,Laporan)
- Jumlah Murid Tidak Lengkap – Masih Terdapat Komponen Yang tidak diisi. Klik pada nombor jumlah yang diberikan dan Senarai Nama yang belum lengkap akan dipaparkan.
- Murid Tidak Berdaftar – Markah calon belum pernah diisi pada mana-mana komponen.
- Setelah semua maklumat murid dilengkapkan dan semua komponen diisi lengkap, Butang SAH MARKAH akan berfungsi.
- Guru boleh mengklik butang tersebut untuk membuat pengesahan.
- Namun harus DIINGAT, guru tidak dapat mengubah mana-mana markah murid setelah semua data disahkan dalam PAJSK online
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkenaan cara login PAJSK atau penggunaan sistem ini, boleh dipanjangkan terus ke alamat email di bawah:
ARTIKEL LAIN
CARA LOGIN AKAUN DELIma GUNA TELEFON PINTAR (Log Masuk Pakai Hp)