PERMOHONAN PROGRAM GENIUS NEGARA(4 Tahun Ke Bawah)

PERMOHONAN PROGRAM GENIUS NEGARA(4 Tahun Ke Bawah)

PROGRAM GENIUS NEGARA

Permohonan menyertai program genius negara di Malaysia bagi tahun 2023 telah dibuka. Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM GENIUS NEGARA

Program GENIUSNegara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah. Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

 

KELEBIHAN  PROGRAM GENIUSNEGARA

Berikut adalah merupakan kelebihan yang terdapat melalui program ini:

  • Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAMGENIUS NEGARA

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan, haruslah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia (anak)
  2. Berumur 4 tahun ke bawah
  3. Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAMGENIUS NEGARA

Mulai (akan dikemaskini)

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokomen sokongan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan iaitu:

  • Salinan surat beranak
  • Salinan MyKid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

 

CARA PERMOHONAN PROGRAMGENIUS NEGARA

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun borang permohonan: PAGN-PMHN- BORANG 2
  2. Isikan segalah maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Pastikan disertakan sekali dengan dokumen sokongan yang diperlukan berdasarkan dalam senarai semak
  4. Hantarkan ke Pusat Anak Genius Negara berhampiran anda

 

SENARAI LOKASI PUSAT ANAK GENIUS NEGARA

Sehingga kini  terdapat 89 buah PAGN yang dikendalikan di setiap negeri seluruh Malaysia. Anda boleh menyemak lokasi berhampiran melalui pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, sila layari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

CARA LOGIN AKAUN DELIma GUNA TELEFON PINTAR (Log Masuk Pakai Hp)

 

2 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM GENIUS NEGARA(4 Tahun Ke Bawah)”

Leave a Comment