CARA GUNA einfo SSM (Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia)

CARA GUNA einfo SSM (Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia)

einfo SSM

Semestinya anda sudah mengetahui sekiranya sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan diwajibkan mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya anda ingin membuat semakan maklumat terhadap sesebuah syarikat, kini anda boleh membuat semakan melalui portal einfo SSM. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU einfo SSM

einfo SSM adalah satu portal yang diwujudkan bagi memudahkan proses pencarian dan pembelian maklumat sesebuah syarikat dan perniagaan di Malaysia terus dari pihak SSM. Dengan portal ini, segala proses pencarian maklumat sesebuah perniagaan ini menjadi lebih mudah dan pantas dan yang pastinya maklumat yang diperolehi dipercayai dan paling terkini.

 

MAKLUMAT YANG ADA einfo SSM

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang boleh didapatkan atau dibeli melalui portal einfo ini:

  • Profil syarikat
  • Profil bisnes
  • Butiran pemegang saham
  • Sijil pendaftaran syarikat
  • Butiran alamat perniagaan
  • Butiran modal saham
  • Butiran pemilikan saham

 

CARA SEMAKAN GUNA einfo SSM

Berikut adalah merupakan langkah-lanhkah untuk mencari maklumat sesebuah syarikat atau perniagaan melalui portal einfo:

  1. Layari pautan: https://www.ssm-einfo.my/index.php
  2. Bagi pengguna kali pertama, klik padaRegister dan sekiranya anda telah mempunyai akaun, klik pada Login
  3. Lengkapkan maklumat anda pada borang pendaftaran dengan tepat.
  4. Semak dan sahkan kembali maklumat anda dan tekan pada Submit
  5. Setelah proses pendaftaran anda selesai, log masuk kembali menggunakan Username dan Password yang didaftarkan
  6. Kini, anda boleh terus memulakan pencarian mengenai sesebuah syarikat yang anda kehendaki.

NOTA: Sekiranya maklumat yang anda cari tidak dijumpai, syarikat tersebut mungkin belum didaftarkan atau menggunakan nama syarikat/perniagaan lain untuk pendaftaran dengan pihak SSM.

 

FUNGSI DAN PERANAN SSM

  • SSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.
  • SSM mula beroperasi pada 16 April 2002 dan antara peranan utamany adalah mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
  • SSM juga turut berfungsi membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai portal e info SSM ini, anda boleh layari website rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pautan https://www.ssm.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA AKAUN SYARIKAT (Deposit Minimum Current Akaun)

 

2 thoughts on “CARA GUNA einfo SSM (Semakan Maklumat Syarikat Di Malaysia)”

  1. Mohon kebenaran syarikat beroperasi semasa pkp 3.0
    Semasa pkp 1.0 dan pkp 2.0 syarikat kami dapat kebenaran beroperasi
    Syarikat kami Traffic Dynamic M Sdn Bhd adalah di bawah kerja2 pembinaan dan service
    Kami menyelenggara Sistem Lampu Isyarat bagi DBKL,JKR dan MBJB
    Mohon jasa baik pihak tuan untuk menimbang semula kebenaran untuk beroperasi semasa pkp 3.0 ini

    Reply

Leave a Comment