PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

BKPKK

Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti khususnya daripada keluarga dari golongan katagori B40, anda boleh memohon bantuan yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu BKPKK. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara membuat permohonan.

 

APA ITU BKPKK

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah bantuan yang diberikan hanya untuk pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja dan bantuan ini hanya diberikan untuk 2 semester.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan bantuan ini:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah daripada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
  3. Ibubapa/penjaga sah pemohon yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  4. Pemohon perlu menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Pemohon perlu mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga
  6. Pemohon tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

 

KADAR BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Kadar bantuan ini  diberikan kepada pelajar yang layak selama dua (2) semester sahaja. Tempoh bagi satu (1) semester adalah selama enam (6) bulan. Berikut adalah merupakan kadar bayaran:

  • Satu semester RM1,800 (RM300/sebulan)
  • Dua semester RM3,600 (setahun).

NOTA: Pelajar yang menerima bantuan ini selama dua semester hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua. Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima pada semester pertama, bantuan kewangan kini akan diberhentikan serta merta.

 

TARIKH PERMOHONAN BKPKK

Permohonan bagi BKPKK telah dibuka bagi tahun 2023 (akan dikemaskini)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan:

  • Pemohon hendaklah mendapatlan borang permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap pada borang permohonan
  • Hantar permohonan yang telah lengkap diisi.

NOTA: Dimaklumkan juga bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain sekiranya telah menerima BKPKK ini di bawah KPM.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti, sila layari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.moe.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERANTISISWA (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

 

Leave a Comment