CARA DAFTAR APLIKASI eDESA (edesa.my/user/register)

CARA DAFTAR APLIKASI eDESA (edesa.my/user/register)

APLIKASI eDESA

Kepada usahawan di luar bandar yang ingin mempromosi dan meluaskan pasaran produk, terkini boleh dibuat melalui platform terbaharu diperkenalkan iaitu Aplikasi e Desa.  Tetapi sebagai pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU APLIKASI eDESA

Aplikasi e Desa adalah platform yang menawarkan pemasaran produk yang memfokuskan pelbagai jualan yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar. Platform ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 21 Februari 2022 yang lalu di Hotel Premiera.

 

PRODUK DITAWARKAN MENERUSI APLIKASI eDESA

Berikut adalah merupakan produk yang ditawarkan kepada usahawan luar bandar untuk memasarkan produk menerusi platform ini seperti:

  • Makanan
  • Minuman
  • Kraf dan Seni
  • Pakaian
  • Aksesori
  • Kosmetik
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Perabot
  • Ternakan
  • Lain-lain

 

SASARAN USAHAWAN BERDAFTAR APLIKASI eDESA

Terkini seramai 500 usahawan luar bandar yang telah berdaftar. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mensasarkan menjelang hujung tahun 2022, seramai 20,000 usahawan luar bandar dapat berdaftar dengan platform ini.

 

PENINGKATAN KUALITI USAHAWAN LUAR BANDAR

Terdapat beberapa agensi di bawah KPLB yang turut membantu memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat bagi meningkatkan produk dan kualiti usahwan luar bandar seperti:

  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

 

CARA DAFTAR APLIKASI eDESA

Kepada usahawan luar bandar yang berminat untuk memasrkan produk menerusi aplikasi e Desa ini, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Layari pautan pendaftaran: https://edesa.my/user/register
  2. Lengkapkan maklumat pendaftaran dengan tepat dan klik Daftar
  3. Log masuk dengan menggunakan email dan kata laluan anda.
  4. Seterusnya anda dikehendaki buat pendaftaran produk anda dengan mengisi nama produk serta gambar yang berkaitan dengan produk.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi e Desa ini, anda boleh layari website rasmi eDesa di pautan https://edesa.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR 2022 (Pemandu Pengusaha Hotel Bajet)

Leave a Comment