PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR 2022 (Pemandu Pengusaha Hotel Bajet)

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR 2022 (Pemandu Pengusaha Hotel Bajet)

INSENTIF PELANCONGAN JOHOR

Buat pemandu pelancong dan pengusaha hotel bajet di Johor, kini permohonan Bantuan Insentif One-Off Pelancongan Johor telah dibuka. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR

Bantuan insentif ini disalurkan melalui Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) bagi membantu pemandu pelancong dan pengusaha hotel bajet di negeri Johor.

 

TARIKH PERMOHONAN

  • Permohonan telah dibuka secara atas talian dan ditutup pada 8 Mac 2022 (Selasa) dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup, tidak akan di layan.

 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan bagi pemohon sama ada pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

Pemandu Pelancong

  1. Pemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar
  2. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar
  3. Warganegara Malaysia yang menetap di Johor
  4. Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021
  6. WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan
  7. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

Pengusaha Hotel Bajet

  1. Pengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBT
  2. Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor
  3. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen
  4. Pemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021
  5. Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
  6. WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
  7. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022

 

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemandu pelancong
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    • Salinan penyata bank (muka hadapan)
  2. Agensi pelancongan
    • Nama dan No Akaun Bank Syarikat.
    • Salinan sijil SSM dan lesen MOTAC

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR

Untuk membuat permohonan Insentif One-Off ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan ini untuk membuat permohonan
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lajut, sila hubungi pihak Tourism Johor di talian 07-223 4935 atau 07-224 9960.

 

ARTIKEL LAIN 

PERMOHONAN PROGRAM REKTRUTMEN USAHAWAN PEKEBUN KECIL RISDA 2022 (Borang)

2 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ‘ONE-OFF’ PELANCONGAN JOHOR 2022 (Pemandu Pengusaha Hotel Bajet)”

Leave a Comment