TELEFON PINTAR YES (PERMOHONAN DATA 40GB PERCUMA )
Cara Dapatkan Simkad PERCUMA Dari YES. Disertakan dgn 40GB data, sah selama 60 hari. Baru-baru ini YTL melancarkan Yes Kasi Up B40, sebuah pakej yang menawarkan 40GB data percuma kepada golongan B40 yang berdaftar.
Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia.
Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata inisiatif itu dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan selepas kejayaan setahun mereka melancarkan program berimpak tinggi Belajar Dari Rumah yang menyediakan data percuma kepada murid-murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar-pelajar B40.
Susulan kejayaan tersebut, YES kini berbesar hati untuk menawarkan program data percuma ini secara lebih meluas melibatkan semua pengguna yang tergolong dalam kumpulan B40. Pengguna yang tergolong di dalam B40, boleh memohonnya di laman web www.yes.my/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.
Pemohon tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma. Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.
TENTANG YES
YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas.
Untuk makluman, YES juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
CARA PERMOHONAN TELEFON PINTAR YES
Untuk mendapatkan telefon pintar percuma, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web ytlfoundation.org/kasiupb40
- Tekan REGISTER MYSELF
- Isikan butiran dalam borang permohonan.
CARA PERMOHONAN SIMKAD & DATA PERCUMA 40GB YES
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Simkad & Data Percuma YES:
1. Lawati laman web: www.yes.my/kasiupB40

2. Tekan butang START.

3. Tekan B40 FREE SIM.

4. Tekan SELECT PLAN.

5. Isi maklumat penghantaran. (Penghantaran adalah PERCUMA)

6. Siap!

MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web YTL Foundation untuk inisiatif ini dan rujuk soalan lazim (FAQ) di SINI.
ARTIKEL LAIN
CARA TEBUS YES PRIHATIN (TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA YES KHAS B40)
2 thoughts on “TELEFON PINTAR YES (PERMOHONAN DATA 40GB PERCUMA )”