CARA TEBUS YES PRIHATIN (TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA YES KHAS B40)

Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia.
Susulan kejayaan tersebut, YES kini berbesar hati untuk menawarkan program data percuma ini secara lebih meluas melibatkan semua pengguna yang tergolong dalam kumpulan B40.
Pemohon tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma. Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.
Baca juga tentang BANTUAN B40 RM180: PEMBELIAN TELEFON BARU/ LANGGAN INTERNET
TENTANG YES
YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas.
Untuk makluman, YES juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
SEMAKAN YES PRIHATIN
YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:
- Belajar Dari Rumah Keluarga
- Telefon pintar percuma
- Data 30GB Percuma setiap bulan
- Baucar RM50 dari Shopee
- Aplikasi Pendidikan
- Tempoh Sah hanya 12 Bulan
- Belajar Dari Rumah Individu
- Telefon pintar percuma bagi sati individu
- Data 15GB Percuma setiap bulan
- Baucar RM50 dari Shopee
- Aplikasi Pendidikan
- Tempoh Sah hanya 12 Bulan
SYARAT KELAYAKAN
Promosi ini adalah hanya bagi rakyat:
- Golongan kumpulan B40
- Isi rumah anda harus berpendapatan di bawah RM4,850
CARA PERMOHONAN TELEFON PINTAR YES
Untuk mendapatkan telefon pintar percuma, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web ytlfoundation.org/kasiupb40
- Tekan REGISTER MYSELF
- Isikan butiran dalam borang permohonan.
CARA PERMOHONAN SIMKAD & DATA PERCUMA 40GB YES
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Simkad & Data Percuma YES:
- Lawati laman web: www.yes.my/kasiupB40
- Tekan butang START.
- Tekan B40 FREE SIM.
- Tekan SELECT PLAN.
- 5. Isi maklumat penghantaran. (Penghantaran adalah PERCUMA)
- 6. Siap!
Ketahui juga tentang BAYARAN I-CITRA DAH MASUK (Cara Semak Tarikh Bayaran Ogos 2021)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut cara tebus yes prihatin, sila rujuk laman web YTL Foundation untuk inisiatif ini dan rujuk soalan lazim (FAQ) di SINI.
1 thought on “CARA TEBUS YES PRIHATIN (TELEFON PINTAR & DATA PERCUMA YES KHAS B40)”