PERMOHONAN GERAN ONE-OFF IMSTART  RM10,000 USAHAWAN MIKRO

PERMOHONAN GERAN ONE-OFF IMSTART  RM10,000 USAHAWAN MIKRO

 

Berita baik kepada Usahawan mikro di Negeri Johor kini boleh mendapatkan geran one-off menerusi Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Bagaimana cara membuat permohonan geran one-off IMSTART? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU IMSTART

IMSTART adalah inisiatif daripada pihak IRDA berbentuk geran one-off untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan IMSTART boleh dibuat sehingga 7 September 2021 secara atas talian.

 

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi IMSTART adalah sehingga RM10,000.

 

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum membuat permohonan, pastikan telah memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di Negeri Johor sahaja.
  2. Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun hingga 45 tahun sahaja.
  3. Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020.
  4. Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang.
  5. Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah.
  6. Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (pembelian Telefon bimbit tidak termasuk).
  7. Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM10,000.00.
  8. Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Depan dan Belakang).
  • SSM Syarikat bersama maklumat pemilik.
  • Penyata Akaun Semasa Syarikat/Individu Terkini (Muka Surat Pertama Sahaja).
  • Salinan/’Screenshot’ halaman profil platform e-dagang (Shopee, Lazada, Grabfood dan lain-lain berkaitan).
  • Salinan sebutharga dengan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM10,000.
  • Salinan e-borang pemohonan geran IMSTART.

 

CARA PERMOHONAN

Bagi ushawan mikro yang memenuhi syarat permohonan, berikut adalahc ara untuk membuat permohonan:

  1. Layari website permohonan IMSTART: https://t.co/khF9kesZN9
  2. Isi segala butiran yang diperlukan dan klik Next.
  3. Seterusnya klik Submit untuk menghantar permohonan.
  4. Cetak borang permohonan dan hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui kaunter atau pos ke alamat berikut:
    • Permohonan IMSTART, Kepada : Cik Zulaikha Sapura, Iskandar Regional Development Authority, #G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai cara permohonan IMSTART, anda boleh emailkan ke [email protected].

 

ARTIKEL LAIN

CARA PERMOHONAN ADF BNM (KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN PKS)

Leave a Comment