CARA PERMOHONAN ADF BNM (KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN PKS)

CARA PERMOHONAN ADF BNM (KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN PKS)

CARA PERMOHONAN ADF BNM (KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN PKS)

Kepada Peniaga kecil dan Sederhana, kini Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan kepada PKS yang ingin beralih kepada pendigitalan operasi perniagaan untuk memohon Kemudahan Automasi dan Digital PKS atau SME Automation and Digitalisation Facility (ADF).

Bagaimana cara permohonan ADF BNM? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU ADF BNM

Automation and Digitalisation Facility (ADF) untuk makluman anda, ADF telah diperkenalkan pada bulan Mac tahun 2020 yang bertujuan untuk menggalakkan PKS di semua sektor mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan mereka. Oleh itu, PKS yang ingin memohon boleh membuat permohonan ADF melalui Institusi Kewangan Peserta (IKP) masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk memohon ADF, anda haruslah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  • PKS telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.
  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.
  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut.

TUJUAN PEMBIAYAAN

Tujuan pembiayaan ADF bagi PKS yang ingin memohon adalah bagi membiayai kos-kos seperti berikut:

  • Pembelian peralatan.
  • Mesin.
  • Perkakas teknologi komunikasi dan maklumat.
  • Penyelesaian dan perkhidmatan IT.
  • Sokongan teknologi.
  • Lain-lain aset tidak ketara bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Untuk makluman, jumlah pembiayaan maksimum bagi setiap PKS yang layak menerima ADF adalah sehingga RM3 juta dan tempoh pembiayaan ADF yang ditetapkan adalah sehingga 10 tahun.

Kadar pembiayaan adalah hingga 4% setahun, termasuk yuran jaminan dan perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

CARA PERMOHONAN ADF

Berikut adalah cara permohonan ADF bagi memohon pembiayaan:

  1. PKS yang berminat untuk memohon ADF boleh terus membuat permohonan kepada Intitut Kewangan Peserta (IKP) yang terlibat.
    • Bank-bank perdagangan
    • Bank-bank Islam
    • Institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM
  2. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh setiap IKP.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan ADF, sila layari laman web bnm.gov.my/adf atau bnm.gov.my/covid19/

ARTIKEL LAIN

RAKYATPRENEUR 2.0:CARA PERMOHONAN DANA PERNIAGAAN & BIMBINGAN KEMAHIRAN UNTUK PKS

1 thought on “CARA PERMOHONAN ADF BNM (KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN PKS)”

Leave a Comment