SPIS BANK RAKYAT (PERMOHONAN PEMBIAYAAN INDUSTRI SUKAN)

SPIS BANK RAKYAT (PERMOHONAN PEMBIAYAAN INDUSTRI SUKAN)

SPIS BANK RAKYAT (PERMOHONAN PEMBIAYAAN INDUSTRI SUKAN)

Kepada pengiat industri sukan  yang terjejas akibat penularan pendemik yang melanda sekarang, anda   dialu-alukan untuk memohon Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) daripada Bank Rakyat.

Bagaimana cara permohonan SPIS Bank Rakyat? Disini kami kongsikan caranya.

 

APA ITU SPIS

Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) merupakan inisiatif usahasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyediakan pembiayaan mudah terutamanya operator/pengusaha premis komersial sukan dan rekreasi untuk bangkit semula.

Tujuan pembiayaan ini adalah sebagai modal kerja bagi menampung kos operasi perniagaan sukan atau rekreasi yang terjejas. Oleh itu, pemain industri sukan dan rekreasi yang terjejas boleh segera memohon skim ini melalui Bank Rakyat.

 

SYARAT PERMOHONAN

Kepada pengiat industri sukan yang ingin membuat permohonan haruslah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri sukan yang terjejas oleh wabak COVID-19.
  • Perniagaan mestilah syarikat dan institusi milik Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan usahawan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah patuh Syariah.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon tiada rekod kebankrapan.
  • Rekod CCRIS pemohon yang mempunyai tunggakan tidak melebihi daripada 3 bulan.

 

JUMLAH PEMBIAYAAN SPIS

Berikut adalah merupakan Jumlah pembiayaan SPIS yang ditetapkan:

  • Minumun: adalah sebanyak RM20,000.00.
  • Maksimum: adalah sebanyak RM500,000.00.

 

TEMPOH & KADAR PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium sehingga 9 bulan. Kadar pembiayaan yang ditetapkan menerusi SPIS adalah sebanyak 4% setahun.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Anda seharusnya menyediakan Dokumen yang diperlukan dengan lengkap untuk dihantar bersama borang permohonan seperti berikut:

  • Penyata bank untuk tempoh 6 bulan.
  • Rekod jualan (jika berkenaan).
  • Penyata kewangan yang telah diaudit atau penyata pengurusan bagi tahun 2019 atau 2020 atau 2021 (jika berkenaan).
  • Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh bank.

 

CARA PERMOHONAN SPIS BANK RAKYAT

Bagi PKS Industri sukan yang memenuhi kelayakan dan dokumen yang diperlukan seperti di atas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  • Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat.
  • Bawa bersama dokumen yang diperlukan.
  • Isi borang yang diperolehi dengan lengkap dan betul.
  • Serahkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada kakitangan Bank Rakyat yang bertugas.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai SPIS Bank Rakyat, anda boleh:

Layari website rasmi Bank Rakyat: https://www.bankrakyat.com.my/

Hubungi pusat panggilan Bank Rakyat: 1-300-80-5454

 

ARTIKEL LAIN

CARA PERMOHONAN ADF BNM: BAGI PKS YANG INGIN KEMUDAHAN AUTOMASI & DIGITALISASI PERNIAGAAN

Leave a Comment